Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

17 September 2011

Komunisme fahaman tidak bertuhan


SEJARAH mengajar kita bahawa pelanduk selalu lupakan jerat. Tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk. Amat penting remaja sebagai pelajar sejarah memahami hakikat Tanah Melayu dan Malaysia di dalam perspektifnya.
Apa pun corak umat Islam yang ada, komunisme bukan satu anutan baginya. Begitu juga dengan fahaman kapitalis, tetapi menentang kapitalisme tidak bermaksud menyokong komunisme.
Justeru, kekuatan akidah memberi sanggahan yang sangat nyata kepada fahaman tidak bertuhan seperti komunis dan amat penting remaja Islam memahami ini kerana faktor jati diri Melayu terkait rapat dengan Islam.
Sejarah juga akan menentukan berjaya atau tidaknya suatu pakatan yang menemukan ideologi yang berbeza. Antaranya fahaman Islam dan sosialis demokratik dan faham liberal dan pluralis yang bakal diadun untuk mengambil tempat dalam pemerintahan di Malaysia. Ia adalah cabaran ideologi.
Apakah mungkin pendekatan sosialis demokrat boleh berjalan seiring dengan pendekatan silam yang syumul atau diperkukuhkan oleh faham liberal dan pluralis.
Pada hemat penulis, dalam sejarah yang ada tidak mungkin faham sosialis boleh serasi dengan Islam apalagi faham liberalis dan pluralis secocok dengan Islam. Pluralisme itu sendiri amat bercanggah dengan akidah Islami.
Jika menjadikan seluruh aliran fahaman itu dalam gagasan binaan negara, bayangkan apakah corak negara yang bakal lahir bagi Malaysia.
Sejarah akan bakal menentukan perubahan yang dibawa generasi akan datang. Oleh itu amat penting remaja mendidik diri bahawa mengkaji sejarah adalah mengkaji zaman-zaman yang berubah. Mentafsir sejarah harus sifatnya adil supaya fakta sejarah diletakkan dalam perspektifnya.
Sifat sejarah seharusnya dijadikan sumber teladan dan ingatan bagi generasi hari depan. Remaja yang tidak memahami sejarah adalah remaja yang tidak memahami bahawa faktor perubahan dan kemajuan faktor sebelum merdeka tidak sama dengan faktor selepas merdeka. Faktor zaman kemerdekaan juga tidak serupa dengan zaman terdahulu.
Contohnya, apakah sumber pelajaran dan pedoman yang boleh diambil daripada sejarah penjajahan British di Tanah Melayu. Apakah juga pengajaran yang boleh didapati oleh penjajahan Jepun yang di negara kita?
Begitu juga pengajaran dan pengalaman sejarah yang boleh diambil dari percubaan komunis untuk menguasai Tanah Melayu. Semua itu harus menjadi renungan kepada generasi muda bahwa sejarah boleh mengulangi jejak, walau bentuknya berbeza tetapi isi dan maksudnya matlamatnya adalah sama.
Kalaulah fahaman sosialis demokrat hendak dijadikan teras perubahan kepada Malaysia, tunggulah masanya Islam akan menjadi agama pinggiran.
Kalaulah fahaman liberal ingin dijadikan acuan maju bagi Malaysia renungkan apa yang sedang berlaku bagi masyarakat Barat hari ini jika faham pluralis ingin dijadikan sandaran beragama. Oleh itu menafsir sejarah harus mengambil kira faktor zaman yang sifatnya silih berganti.
Al-Quran menawarkan kisah-kisah (sirah) untuk dijadikan teladan dan ibrah bagi orang terkemudian.
Kesimpulannya, sejarah tidak sahaja merupakan rakaman peristiwa, kepentingan tarikh dan kehebatan tokoh, tetapi sejarah adalah guru yang memberi kita jalan berfikir dan jalur hidup supaya darinya lahir sumber teladan supaya kesilapan tidak diulangi dan boleh diperbaiki.
Mempelajari sejarah umpama mempelajari peristiwa silam yang bakal berulang pada masa ini dan juga pada masa depan. Yang lalu menjadi suatu tradisi yang dikenang, hari ini kita bakal membina tradisi baru untuk generasi akan datang mengingatinya semula.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah