Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

22 Mei 2012

Malaysia negara hibrid

KEMELUT kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan kembali menjadi perbahasan hangat di kalangan masyarakat Malaysia kali ini. Mungkin disebabkan suasana politik tanah air yang menghampiri Pilihan raya Umum ke-13 membuatkan ia mengambil tempat utama di dada-dada akhbar.
Ini berikutan cadangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan bahawa jika Pakatan Rakyat memerintah, Perlembagaan Persekutuan akan dipinda bagi menzahirkan Islam sebagai Addin berbanding dengan keadaan sekarang yang meletakkan Islam sebagai 'agama rasmi' sahaja.
Addin yang dirujuk oleh Presiden PAS ini mungkin bermaksud Islam itu hendaklah dijadikan suatu cara hidup di dalam Perlembagaan Persekutuan dan segala apa yang bertentangan dengan Islam adalah juga bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Namun hasrat ini ditempelak oleh Pengerusi DAP Karpal Singh dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek. Mereka menegaskan bahawa ciri-ciri sekular Perlembagaan Persekutuan mestilah dipertahankan dan membangunkan negara teologi adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri.
Mereka secara kerasnya menyanggah sebarang usaha meminda Perlembagaan Persekutuan bagi meletakkan Islam sebagai suatu cara hidup, sebagaimana yang dimahukan oleh PAS.
Sejak dahulu lagi, DAP memang sudah dikenali tidak menyokong sebarang usaha menegakkan negara Islam di Malaysia. Malah menurut DAP ia juga tidak dipersetujui oleh pimpinan Pakatan Rakyat sehingga perkara tersebut langsung tidak dimasukkan di dalam Buku Jingga mereka.
Pemimpin UMNO pula dilihat begitu berhati-hati di dalam hal ini mungkin kerana tidak mahu menyinggung sensitiviti beragama di kalangan rakyat.
Hasrat murni Presiden PAS ini amatlah difahami kerana sebagai umat Islam kewajipan meletakkan Islam di tempatnya yang sebenar memanglah dituntut.
Namun realitinya meminda Perlembagaan Persekutuan itu tidaklah semudah menukar pakaian seharian. Ia memerlukan persetujuan dan kompromi pelbagai pihak sebelum rang undang-undang meminda Perlembagaan Persekutuan tersebut dapat dibentang di Parlimen.
Pemuda PAS pula tegas dengan pendirian mereka mahukan Islam dimartabatkan. Kepimpinan Pemuda PAS memang vokal di dalam isu ini, walaupun adakalanya tidak selari dengan pandangan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.
Sebagai pengamal undang-undang sivil dan syariah, saya mendapati syor yang dikemukakan oleh Presiden PAS tersebut adalah tersasar daripada semangat Perlembagaan Persekutuan itu sendiri ataupun ia hasil daripada kecetekan ilmu tafsiran Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan tidak pernah menyebut Islam hanya sekadar 'agama rasmi' bagi Persekutuan. Tetapi ia menyebut 'Islam adalah agama bagi Persekutuan'. Konotasi 'agama bagi Persekutuan' mempunyai impak yang amat berbeza berbanding dengan 'agama rasmi.'
Apatah lagi, ia diperkukuhkan lagi dengan sumpah Yang di-Pertuan Agong ketika menaiki takhta akan memelihara Islam pada setiap masa sebagaimana yang terdapat di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan.
Karpal Singh dan Chua Soi Lek juga terkeliru dengan mempertahankan sifat sekular negara. Di dalam Perlembagaan Persekutuan langsung tidak muncul perkataan 'sekular' di mana-mana 182 perkara dalam Perlembagaan Persekutuan.
Malah frasa 'tidak menafikan sifat sekular negara' telah pun dibuang semasa Ratu England berbincang dengan Raja Raja Melayu, memuktamadkan Perlembagaan Persekutuan dahulu.
Sekular dalam maksud memisahkan agama daripada sistem perundangan, kerajaan dan sebagainya tidak terpakai di Malaysia kerana banyak perkara mengenai keistimewaan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dikecapi sepanjang zaman.
Pada pandangan saya adalah tidak benar negara kita adalah bersifat sekular atas alasan yang disebutkan di atas. Malah Prof. Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi, pakar perlembagaan yang terkemuka di Malaysia juga menafikan Perlembagaan Persekutuan bersifat sekular.
Di dalam bukunya yang bertajuk, Document of Destiny, Dr. Shad mengatakan Malaysia adalah sebuah negara hibrid iaitu tidak sekular tetapi tidak bersifat teologi sepenuhnya kerana banyak perkara agama masih tidak diamalkan lagi.
Maka saya berpandangan bahawa pengisian yang betul patut diberikan kepada pentafsiran Perlembagaan Persekutuan itu sendiri.
Sekiranya tafsiran yang betul ini diberikan, maka jalan sukar untuk meminda Perlembagaan Persekutuan ini dapat dielakkan. Panduan yang jelas juga boleh didapati daripada kes-kes terkini yang diputuskan oleh mahkamah tertinggi negara.
Hanya bergantung kepada satu keputusan di dalam kes Che Omar Che Soh sahaja merupakan suatu pendekatan yang tempang kerana kes-kes terbaru Mahkamah Persekutuan telah memutuskan sebaliknya, seperti di dalam kes Lina Joy, Meor Atiqurrahman, Latifah Mat Zain dan Sulaiman Takrib.
Penghakiman kes-kes di atas perlu dikaji bagi memberi impak sebenar kepada pengamalan Islam dalam negara.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah