Ucapan salam
Survey
Renung-renunglah setiap hari
kata-kata hikmah agama
PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.
Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:
Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat
Doakan saya
Assalamualaikum wbt.
Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:
1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.
2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.
3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.
4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.
5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.
6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.
7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.
8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.
9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.
Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.
Amin..........
pengumuman
Blog lain
Blog lain
Peringatan!!!!!!!!!
'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'
(Sabda Rasulullah SAW)
Carian pintas artikel agama anda
Peta Pengunjung
10 Ogos 2009
Bersama memerangi selesema babi...H1N1
Dianggarkan 206,000 kes H1N1 dikesan di 174 negara di seluruh dunia. Daripada jumlah itu lebih 1,570 mangsa meninggal dunia. Ketika vaksin belum diperoleh, apakah H1N1 akan terus merebak tanpa dapat dibendung lagi? H1N1 yang disebut oleh media elektronik di Malaysia sebagai 'H one N one' tetapi di Brunei disebut 'H satu N satu' - perlu diperangi.Tak kiralah apa istilahnya - selesema babi atau H1N1 yang dibaca dalam bahasa Inggeris atau Melayu - apa yang penting ialah kerjasama membendung wabak ini. Setiap pihak perlu dipertangungjawabkan untuk memerangi wabak ini, bukan sekadar melepaskan tanggungjawab kepada kerajaan sahaja.Banyak nasihat sudah diberi tetapi sejauh mana rakyat mematuhinya? Apakah perlu peraturan atau undang-undang khusus bagi mereka yang gagal mematuhi arahan yang ditetapkan? Setakat ini arahan dan nasihat hanyalah melibatkan tanggungjawab individu itu sendiri di samping peranan doktor menerima pesakit yang mengadu demam, selesema atau batuk.Para doktor sudah dinasihatkan untuk memberi perhatian serius terhadap pesakit-pesakit ini dan diharapkan mereka dapat memainkan peranan untuk mengawal wabak ini.
Jangan pula apabila pesakit mengadu demam, doktor hanya menunggu jururawat mengukur suhu badan. Doktor tidak melakukan pemeriksaan lain atau bertanyakan penyakit sampingan lain. Ada doktor yang sekadar menulis ubat yang perlu diambil kemudian menasihatkan datang lagi jika terus demam. Tidak ada pemeriksaan lain seperti tekanan darah. Jangan terkejut, ada doktor yang tidak menyentuh pesakit.Langkah pencegahan seperti mengurangkan program yang melibatkan khalayak seperti acara-acara yang melibatkan orang ramai amat dialu- alukan.
Mungkin penganjur demonstrasi haram seperti yang berlangsung pada Sabtu, minggu lalu patut menghentikan hasrat mereka jika mahu mengulanginya lagi. Walaupun ada peserta demonstrasi ini juga memakai penutup hidung dan mulut tetapi tujuannya hanyalah untuk mengelak daripada dikenali, melindungi diri daripada terkena semburan gas pemedih mata atau semburan meriam air. Ingatlah hidup kita ada undang- undang dan peraturan. Nak haram terus arak pun tak boleh sebab kita ada pelbagai kaum. Maka kena ada peraturan. Tak boleh jual sesuka hati atau terbuka. Mereka yang menyertai demonstrasi ini sebenarnya dah tahu perhimpunan itu haram, tak ada permit, akan ada semburan gas pemedih mata atau meriam air. Tetapi disebabkan kecerdikan yang melampau maka mereka sertai juga demonstrasi itu yang mungkin boleh membantu penyebaran wabak H1N1. Itulah naluri manusia dalam dunia ini - ada yang 'bodoh macam telur', 'bodoh alang', 'bodoh sombong' dan ada 'bodoh tidak dapat diajar, cerdik tak dapat diikut'.Kalau nak kata cerdik pun mungkin 'cerdik bagai ekor kerbau', 'cerdik tidak berakal' atau cerdik perempuan meleburkan, saudagar muda menghutangkan'. Ada juga yang 'cerdik helang'. Pandai-pandailah cari maksud 'bodoh' dan 'cerdik' ini...seperti kata Nabil Raja Lawak...Lu pikir la sendiri! Tapi maksud yang satu ni 'cerdik helang, bingung sikikih; lamun murai terkecoh juga' membawa maksud, orang besar, walaupun cerdik ataupun bodoh, orang kecil juga yang selalu rugi. Mungkin juga mereka yang turun ke jalan raya ini 'sakit' atau 'sakit hati'. Tidak seperti pesakit H1N1 yang perlu dikuarantin tetapi mereka yang 'sakit' ini menyertai demonstrasi dan keluar ke jalan raya sehingga menyebabkan 'penyakit' mereka memberi kesan kepada orang ramai yang sedang membeli-belah serta para peniaga di kedai-kedai atau pasar malam di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Jangkitan yang dibawa oleh mereka menyebabkan peniaga rugi dan orang ramai menghadapi pelbagai masalah. Jangkitan akibat 'penyakit' demonstrasi ini nampak nyata dan boleh dilihat serta-merta tetapi wabak H1N1 itu tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Oleh itu, eloklah penganjur perhimpunan haram ini tidak menggunakan tempat awam untuk berkumpul atas apa-apa isu. Pilihlah stadium atau mana-mana dewan yang ada terutama di Selangor atau Pulau Pinang untuk berdemonstrasi. Boleh buat dari subuh ke subuh tanpa mengganggu orang awam yang mahu membeli-belah pada hujung minggu. Macam perokok yang ditempatkan dalam bilik khas untuk merokok. Sedutlah asap rokok sesama sendiri puas-puas tanpa mengganggu kesihatan orang lain.Namun menyentuh soal berkumpul ramai-ramai untuk demonstrasi, bagaimana pula langkah kerajaan menangani wabak H1N1 yang hadir dalam kumpulan ramai atau khalayak lain?Contohnya pengguna pengangkutan awam. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), mereka berselerak menggunakan teksi, ERL, bas dan komuter. Itu yang menggunakan pesawat. Bagaimana pula dengan pengguna perkhidmatan bas contohnya RapidKL, RapidPenang, komuter, kereta api antara bandar dan sebagainya? Jika pengguna kapal terbang akan meninggalkan alamat dalam borang yang disediakan oleh syarikat penerbangan tetapi bagaimana pula dengan pengguna pengangkutan awam di darat? Bayangkan bas yang membawa sehingga 80 orang dan komuter beratus-ratus orang dalam satu gerabak. Mereka terpaksa duduk dan berdiri bagaikan dalam tin sardin, bahu bertemu bahu, punggung bertemu punggung, kasut bertemu kasut, tangan bertemu tangan malahan muka hampir bertemu muka - berasak-asak terutama pada waktu pagi - semasa ke tempat kerja dan lewat petang ketika pulang. Dalam pesawat, sebelum mendarat, aerosol akan disembur tetapi dalam bas dan kereta api, apa tindakan yang boleh diambil? Sesuatu perlu dilakukan oleh pihak kerajaan kerana tidak mungkin pengguna pengangkutan awam sendiri yang perlu mengambil langkah lebih drastik.
Pengguna mungkin boleh memakai penutup hidung dan mulut tetapi berapa ramai mahu menggunakannya? Malahan ada yang sinis melihat si pemakai penutup ini.Ada yang menunggu bekalan secara percuma.Begitulah sikap orang kita. Memerangi wabak ini bukan lagi sekadar kuarantin, menutup sekolah, institusi pengajian tinggi, pusat latihan dan sebagainya. Kita hidup dalam dunia globalisasi, sempadan begitu terbuka dan orang ramai bebas bergerak. Maka H1N1 juga akan terus bebas bergerak. Sama-samalah kita berusaha mengatasinya. Buat apa yang patut sekalipun sekadar berdoa memohon dilindungi daripada penyakit ini. Kita berpegang kepada setiap penyakit ada ubatnya dan ubat paling mujarab ialah bertindak mencegah sebelum terlambat!Kpd msjd di slrh ngra, buatlah bacaan Yassin, khutbah Jumaat tntg pnca Allah SWT mmbri H1N1 kpd slrh dunia dan solat hajat. Insya-Allah, H1N1 dpt diberhentikan.
Bermuhasabahlah diri!!!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan