Normadiah Adam, 53, dari Kampung Bola berkata, telur berkenaan diperoleh ketika menghadiri majlis perkahwinan di kampung berhampiran pada Ahad lalu.
''Ketika saya hendak mengupas kulitnya untuk sarapan, saya nampak kalimah Allah pada cengkerang telur ini," katanya di sini semalam.
Sebaik mendapati kewujudan kalimah tersebut, Normadiah kemudian memaklumkan kepada suaminya dan mengambil keputusan menyimpan telur itu di dalam peti ais.
Untuk kepastian, keesokannya dia telah membawa telur itu ke pejabat untuk ditunjukkan kepada rakan-rakan yang kemudian turut mendakwa ia kalimah Allah.
''Bagi saya ini adalah kebesaran Allah dan saya bersyukur kerana diberi kesempatan untuk melihat sendiri kebesaran-Nya.
''Saya sebenarnya meminati benda-benda ganjil di Internet dan majalah-majalah Islam antarabangsa terutamanya membabitkan kebesaran Tuhan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan