|
|
Sehingga kini kesan dan trauma yang dilalui penduduk di Genting Gaza masih menebal walau selepas setahun peristiwa itu berlaku.
|
|
Sesungguhnya tidak ada sesiapa pun dapat menafikan kesengsaraan yang diharungi mereka sejak Israel mula menjarah tanah air mereka walaupun media dan pemimpin barat sering sahaja menafikan kebenaran yang berlaku.
Dalam serangan yang berlaku pada hari Sabtu itu jet-jet pejuang Israel melancarkan serangan serentak ke atas beberapa bangunan Hamas di wilayah Gaza yang dihuni 1.5 juta penduduk Palestin, menyebabkan sekurang-kurangnya 225 orang terbunuh, serangan yang paling banyak menumpahkan darah dalam masa sehari sepanjang konflik Israel-Palestin.
Perang itu tamat 22 hari kemudian selepas gencatan senjata kedua-dua belah pihak, dengan 1,400 penduduk Palestin, termasuk lebih 400 kanak-kanak, dan 13 orang Yahudi terbunuh, selain menjadikan Gaza padang jarak padang tekukur.
|
|
Dalam satu pertemuan dengan pelapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai keadaan hak asasi manusia di wilayah Palestin Profesor Dr. Richard Falk baru-baru ini, beliau menegaskan apa yang berlaku di Palestin sejak dijajah Israel pada 1967 adalah satu jenayah yang di luar batasan.
Beliau juga mengkritik sekatan yang dilakukan Israel telah menyebabkan berlakunya krisis kemanusiaan besar dan menghalang pembinaan semula kediaman dan sekolah di Gaza, kawasan Palestin yang ditadbir Hamas itu.
"Sehingga kini tidak ada sebarang perubahan yang nyata di sana dan yang semakin bertambah di Gaza adalah kekecewaan dan kehampaan," kata Falk.
Ujarnya rundingan damai yang sering sahaja gagal dan dimungkiri oleh Israel tidak memberisebarang harapan kepada penduduk Palestin kerana pemimpin Israel tidak pernah ikhlas dalam menjalankan rundingan.
Menurut Falk sering sahaja berlaku keadaan di mana keadaan rundingan menjadi tegang kerana pihak Israel menuduh pejuang Palestin melanggar syarat rundingan tetapi kesan yang paling jelas adalah terhadap rakyat Palestin sendiri.
rundingan
|
|
"Kini pada ketika Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama cuba merapatkan jurang antara Palestin dan Israel serta mengusahakan rundingan, negara Yahudi itu sering sengaja mencari pasal di Baitulmaqdis.
Malah yang terbaru menurut Falk keadaan kini tertumpu kepada polemik yang tercetus lewat perbahasan terhadap Laporan Goldstone. Laporan setebal 526 halaman itu merupakan hasil siasatan ke atas perang 22 hari di Semenanjung Gaza akhir tahun lalu.
Laporan itu dikemukakan oleh kumpulan penyelidik yang dibentuk oleh Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan dipimpin oleh bekas hakim mahkamah persekutuan Afrika Selatan, Richard Goldstone. Menariknya, Goldstone sendiri adalah seorang Yahudi.
Laporan itu dikumpul berdasarkan bukti-bukti yang dikutip di medan perang, analisis pendapat serta wawancara ke atas lebih 200 individu yang terlibat secara langsung dalam perang itu.
Bukti-bukti juga dikumpulkan menerusi perhatian video, foto, rakaman satelit dan hasil penelitian terhadap 300 laporan terakam yang lain. Laporan ini membuat kesimpulan bahawa sama ada Israel atau Palestin, masing-masing melanggar hukum antarabangsa sepanjang perang itu.
Katanya kematian kira-kira 1,600 orang penduduk Gaza, Israel menerima tuduhan yang lebih berat termasuk disebut melakukan kejahatan perang antarabangsa. Namun seperti biasa Israel menunjukkan kedegilannya dengan menolak daripada dibahaskan pada sidang Majlis Keselamatan PBB di New York.
Kata Falk lagi, bagi Israel, laporan itu dinilai berat sebelah dan mengugut akan menghentikan semua proses damai sekiranya ia dibahaskan oleh PBB.
Ini menunjukkan tindakan Israel itu sebenarnya adalah kerana bimbang dengan kredibiliti laporan tersebut yang sekiranya berjaya dibawa ke Majlis Keselamatan PBB, akan mengheret pemimpin mereka ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ), Belanda.
kuasa
|
|
Kerana itu juga Israel mendesak supaya Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto negara itu untuk menafikan laporan tersebut. AS tidak menunggu lama apabila memberi tekanan kepada Mahmoud Abbas sehinggakan Presiden Palestin itu sendiri memohon agar PBB menangguhkan perbahasan mengenainya sehingga Mac tahun depan.
Bagaimanapun menurut Falke laporan Goldstone sebenarnya menjadi satu petunjuk jelas bahawa dunia kini semakin menyedari kebenaran. Ini kerana pandangan umum masyarakat antarabangsa tidak lagi memihak kepada Israel. Dengan adanya Laporan Goldstone yang dikemukakan oleh pihak ketiga itu juga, Israel tidak lagi boleh berdolak-dalih.
Namun menurut Falk adalah terlalu jauh untuk menilai sama ada Laporan Goldstone mampu memberi keadilan kepada rakyat Palestin namun laporan itu membuktikan wujud satu kesepakatan bahawa rakyat Palestin adalah sebenarnya menjadi mangsa keganasan Israel.
Selama ini Israel yang menganggap mereka sebagai 'mangsa' dalam konflik di Palestin. Malah, setiap kali Israel bertindak menyerang rakyat Palestin ia diperakui sebagai tindakan 'mempertahankan diri' atau serangan menghalang pihak musuh.
"Rakyat Palestin sejak krisis itu bermula lebih enam dekad lalu telah ditindas dari pelbagai sudut. Kemuncaknya ialah kepungan ke atas Gaza dan penutupan sempadan sehingga menyekat bekalan makanan, ubat-ubatan, bahan api dan air bersih sejak tiga tahun lalu.
"Dalam tempoh tersebut juga, rakyat Palestin tidak pernah mendapat sebarang pembelaan dari mana-mana pihak. Adalah diharapkan dengan apa yang berlaku melalui Laporan Goldstone dapat membuka lembaran baru kepada penduduk Palestin menikmati kehidupan yang lebih baik," katanya mengakhiri bicara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan