Inilah sahaja yang diharapkan oleh penduduk Gaza bagi mendapatkan sumber makanan dan perubatan.
Sepatutnya Mesir atas sifat kemanusiaan membela nasib penduduk Palestin dan bukannya mengikut telunjuk kerajaan haram Israel yang sudah tentu musuh kita yang nyata.
Janganlah kerana untuk mengambil hati musuh dan mendapat sedikit imbuhan tergamak melihat umat seagama dan sebangsa merempat dan bertambah menderita hidup mereka yang tidak berkesudahan itu.
Tidak cukup dengan pembunuhan kejam ke atas puluhan ribu rakyat Palestin, kini saluran makanan pula disekatkan.
Di manakah laungan Amerika dan Barat tentang hak asasi manusia mereka selama ini?
Di mana pula negara-negara Islam yang kaya-raya? Kenapa tidak bersatu membantu saudara mereka yang sedang menderita teruk itu dan jangan hanya luahkan rasa simpati dari jauh sahaja tanpa menghulurkan bantuan yang diperlukan.
Yang paling malang lagi ada antara negara Islam ini pula menjadi dalang dan sebagai pengintip untuk rejim Yahudi itu.
Kalau inilah sikap negara-negara Islam di Semenanjung Arab, tidak hairan satu demi satu negara Islam akan menjadi mangsa kekejaman Zionis dan tunduk kepada segala kemahuan mereka.
Syabas kepada konvoi Viva Palestina yang ada antaranya sukarelawan rakyat Malaysia yang sanggup menggadai nyawa untuk membantu menghantarkan makanan dan keperluan lain kepada rakyat Palestin yang sedang menderita itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan