Ucapan salam
Survey
Renung-renunglah setiap hari
kata-kata hikmah agama
PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.
Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:
Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat
Doakan saya
Assalamualaikum wbt.
Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:
1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.
2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.
3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.
4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.
5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.
6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.
7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.
8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.
9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.
Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.
Amin..........
pengumuman
Blog lain
Blog lain
Peringatan!!!!!!!!!
'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'
(Sabda Rasulullah SAW)
Carian pintas artikel agama anda
Peta Pengunjung
20 Februari 2010
Rahsia dan Khasiat Surah-Surah Dalam Al-Quran (Part I)
1. Bismillah (Dengan Nama Allah)
Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, bencana manusia dan jin, kecurian, kebakaran dan kematian mengejut. Barangsiapa membaca sebanyak 50 kali dihadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan pembaca.
2. Surah Al-Fatihah (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali di antara solat sunatnya, nescaya permintaannya diperkenankan, jika sakit cepat sembuh dan dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapa membaca sebanyak 20 kali sesudah tiap-tiap solat fardhu, nescaya rezekinya dilapangkan oleh Allah dan bertambah baik keadaan serta rohaninya.
3. Surah Ayatul-Kursi (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali setiap solat fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan gangguan syaitan serta terhindar dari 1,000 kesukaran dunia dan ukhrawi. Barangsiapa berwudhu' lalu membaca sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya seraya berdoa untuk si pembaca sehinggalah ke hari kiamat. Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga subuh dan mengurniakan NUR menurut bilangan rambutnya. Jika si pembaca meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.
4. Surah Al-Maidah (Hidangan)
Barangsiapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut-turut, InsyaAllah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan solat. Barangsiapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini ke atas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia akan tidak berdusta lagi.
5. Surah Al-A'raaf (Benteng Tinggi)
Barangsiapa membaca ayat 23 dari surah ini selepas tiap-tiap solat fardhu lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barangsiapa membaca ayat 47 dari surah ini, akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan