Ucapan salam
Survey
Renung-renunglah setiap hari
kata-kata hikmah agama
PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.
Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:
Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat
Doakan saya
Assalamualaikum wbt.
Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:
1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.
2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.
3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.
4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.
5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.
6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.
7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.
8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.
9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.
Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.
Amin..........
pengumuman
Blog lain
Blog lain
Peringatan!!!!!!!!!
'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'
(Sabda Rasulullah SAW)
Carian pintas artikel agama anda
Peta Pengunjung
14 Februari 2010
Valentine's Day galak amalan songsang
IPOH 13 Feb. - Pasangan kekasih beragama Islam di negeri yang terlalu mengagung-agungkan sambutan Hari Kekasih (Valentine's Day) dinasihatkan supaya tidak meraikan amalan tersebut.
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Mohamah Nor Mansor berkata, budaya asing itu tidak perlu menjadi ikutan umat Islam kerana ia hanya akan menggalakkan amalan songsang.
''Saya harap mereka tidak mudah meniru amalan yang tidak elok itu kerana ia bukan budaya kita. Saya minta anak-anak remaja kita supaya lebih berhati-hati.
''Jagalah batas susila sebagai umat Islam. Jangan terlalu berani dan mudah mengikut apa yang dibawa oleh budaya luar," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Tegas Mohamah Nor, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan jika ada pasangan kekasih beragama Islam ditangkap berkelakuan tidak sopan.
Menurut beliau, seperti tahun-tahun sebelumnya, JAIP akan mengadakan rondaan di kawasan-kawasan yang sering menjadi tumpuan remaja seperti padang terbuka, tepi pantai dan pub.
''Saya harap tidak ada tangkapan yang dibuat kerana saya sangat-sangat berharap mereka (golongan remaja Islam) berubah.
''JAIP akan sentiasa memantau kegiatan tidak bermoral kerana itu sebahagian daripada tugas kita. Jika ada yang masih berdegil dan tidak mengikut nasihat, kita akan ambil tindakan tegas," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan