|
|
Nik Abdul Aziz yang ditemui selepas solat sunat tersebut bersyukur kerana ia mendapat sambutan menggalakkan dan menganggap ia telah dimakbulkan Allah.
"Syukur, sembahyang Istisqa' hari ini mendapat sambutan baik dan di tengah-tengah sembahyang itu turun hujan.
"Saya sendiri telah didedah oleh Allah dengan air hujan yang pertama semasa sembahyang hari ini, sangat-sangat besarlah harapan, mudah-mudahan Allah beri pada kita bahagia di dunia dan akhirat," katanya.
Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, solat sunat itu telah menjadi tradisi rakyat di negeri ini sekiranya dilanda kemarau yang berpanjangan. Setiap musibah yang melanda adalah disebabkan bala yang diturunkan Allah kerana dosa-dosa yang dilakukan manusia.
"Tiada erti kita bahagia di dunia tetapi akhirat kelak kita masuk neraka. Oleh itu saya berusaha supaya rakyat Kelantan faham bahawa kesusahan yang berlaku atas dunia ini adalah berpunca daripada dosa.
"Oleh yang demikian kita kena pakat-pakat (sama-sama) tegur, nasihat, tak kiralah dalam apa jua pun keadaan termasuk politik, ekonomi kerana ini cara Islam, bukan cara demokrasi, bukan cara komunis dan juga sosialis, tapi cara Islam," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan