Khutbah Jumaat bertajuk Berilah Peluang Aku Hidup yang disampaikan oleh khatib, Shafie Ibrahim itu antara lain menyentuh faktor-faktor yang menyebabkan jenayah berkenaan berlaku.
Khatib turut menyeru semua pihak memainkan peranan dengan mengambil langkah-langkah perlu bagi menangani kemelut tersebut.
Shafie berkhutbah, dunia pernah dicemarkan sejarah hitam ekoran ketiadaan akidah dalam kehidupan apabila masyarakat ketika itu hilang sifat kemanusiaan sehingga sanggup menanam anak terutama anak perempuan hidup-hidup.
Katanya, langkah itu kononnya bagi mempertahankan maruah diri, keluarga dan kabilah.
Amalan jahiliah tersebut, katanya, kini berulang lagi malah lebih dahsyat apabila sesetengah bayi dibuang di merata tempat kerana pelakunya malu kepada masyarakat.
“Tempat-tempat pembuangan adalah di belakang rumah, di tepi jalan, tepi hospital, tepi sungai, di masjid, kedai, tempat pembuangan sampah, hentian bas dan tandas,” katanya.
Sambil memetik firman Allah S.W.T di dalam al-Quran dalam khutbah berkenaan, Shafie turut mengemukakan statistik daripada pihak berkuasa yang mendapati jenayah membuang bayi terus meningkat dari setahun ke setahun.
Umpamanya, kata beliau, pada 2009 terdapat sebanyak 79 kes berbanding 76 kes pada 2007 di seluruh negara dan sepanjang tempoh 2004 hingga 2009 terdapat sejumlah 485 kes dengan sebilangan besar suspek tergolong dalam kumpulan berusia antara 18 hingga 25 tahun.
“Kepada remaja khasnya, mimbar ini ingin mengingatkan bahawa zina dan tindakan membuang bayi merupakan perbuatan jenayah yang amat besar dosanya serta berat hukumannya di sisi Islam,” katanya.
Menurut beliau, kajian mendapati terdapat beberapa faktor menyebabkan berlakunya jenayah berkenaan dengan punca terbesar adalah kerana keterlanjuran dalam menjalin hubungan percintaan, pergaulan dan amalan seks bebas serta institusi keluarga yang bermasalah.
Selain itu, ujarnya, faktor dalaman diri remaja juga menjadi punca berikutan kurang fahaman agama dan akhlak yang luhur menyebabkan mereka dikuasai oleh nafsu jahat sehingga berlakunya zina.
Katanya, ini menyebabkan lahirnya anak luar nikah yang akhirnya dibuang kerana takut dan malu kepada keluarga serta masyarakat.
“Penayangan filem berunsur seks oleh media elektronik, cakera padat video (VCD) lucah dan gambar pornografi di dalam Internet juga menjadi punca yang turut merangsang para remaja terjebak ke lembah zina yang membawa kepada lahirnya anak luar nikah di samping berleluasanya program-program hiburan yang melampau dalam masyarakat,” katanya.
Shafie seterusnya berkata, perbuatan membuang bayi di merata tempat sehingga terdedah kepada pelbagai risiko termasuk kematian merupakan satu jenayah yang keji dan amat zalim serta lebih hina tarafnya daripada haiwan.
Beliau turut menyenaraikan lapan langkah yang boleh diambil bagi membantu menangani gejala berkenaan iaitu:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan