Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

23 April 2010

Masjid bukan tempat fitnah

Semua pemimpin parti politik digesa supaya menghayati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menegah sebarang aktiviti politik dijalankan di masjid dan surau.
Sebagai umat yang prihatin terhadap perkembangan masjid, kita amat terkilan dengan apa yang berlaku hari ini di mana masjid telah dicemari kemurniaannya sebagai tempat ibadat. mereka mencemarkan kesucian masjid dan cuba memanfaat masjid sebagai tempat mencari pengaruh dan melontarkan perasaan benci kepada kerajaan dan kepimpinan islam hari ini.
Masjid bukanlah gelanggang untuk mengecam sikap negatif umat, sebaliknya tempat menghidupkan sikap positif umat melalui dakwah yang bijaksana dan berhikmah.
Masjid adalah milik Allah, kerana itu kesuciannya harus dipelihara. Segala sesuatu yang diduga mengurangi kesucian masjid atau dapat mengesankan hal tersebut, tidak boleh dilakukan di dalam masjid.
Melihat kepada asas pembinaan sesebuah masjid, jelas ia bertujuan supaya umat Islam bertakwa kepada Allah dan tempat penyatuan umat. Masjid bukanlah tempat menanam bibit-bibit kebencian satu golongan kepada golongan yang lain dan ia bukan tempat mewujudkan perpecahan di kalangan umat.
Masjid juga bukan tempat menabur fitnah atau gelanggang politik untuk mencaci atau mencerca pihak yang dibenci. Apatah lagi menggunakan masjid sebagai tempat untuk menghina, mencemuh, mencaci, mencarut pelbagai kata-kata yang tidak wajar diucapkan.
Masjid harus memberikan ketenangan dan ketenteraman kepada pengunjung. Justeru, Rasulullah SAW melarang adanya benih-benih pertengkaran di dalam masjid.
Fungsi masjid paling tidak dinyatakan oleh hadis Rasulullah SAW ketika menegur seseorang yang membuang air kecil (di samping) masjid sabdanya yang bermaksud:
"Masjid-masjid tidak wajar untuk tempat kencing atau (membuang sampah). Ia hanya untuk (dijadikan tempat) berzikir kepada Allah Taala, dan membaca (belajar) al-Quran." (Riwayat Muslim)
Ibnu Majah meriwayatkan bahawa Ibnu Umar telah berkata: "Beberapa perkara yang tidak harus dilakukan di masjid. Antaranya tidak boleh dibuat jalan, tidak boleh menghunuskan senjata, tidak boleh menghentaknya dengan busar, tidak boleh bermain anak panah kerana ditakuti akan terkena orang ramai yang penuh sesak bersembahyang di dalamnya."
Apabila pembinaan masjid telah lari atau disalah guna daripada prinsip asas tersebut maka tidak bererti lagi matlamat kesucian pembinaannya.
Al-Quran menceritakan orang munafik juga telah membina masjid bertujuan menaburkan fitnah dan merosakkan perpaduan di kalangan umat Islam.
Rasulullah SAW dapat memahami niat buruk mereka, lalu baginda memerintahkan supaya meruntuhkan masjid tersebut dan membakarnya. Berikutan dengan peristiwa itu Allah menurunkan ayat khusus berhubung dengan membina masjid dan memuji Masjid Quba seperti mana firman yang bermaksud: "Sesungguhnya masjid yang berdasarkan takwa (Masjid Quba) semenjak ia didirikan lebih patut engkau bersembahyang di dalamnya. Di dalam masjid ada orang-orang yang ingin supaya dirinya bersih, sedangkan Allah kasihkan orang-orang bersih." (Surah at-Taubah: 108)
Jelas bahawa pembinaan masjid sejak dari peringkat permulaan hendaklah berlandaskan takwa kepada Allah dengan disertai keikhlasan dan bertujuan beribadat kepada Allah. Pembinaan ini bertujuan menghimpun umat Islam dalam mengikuti jalan yang diredhai Allah, berkenalan sesama umat Islam di samping berbincang dan menyelesaikan masalah yang dihadapi setiap umat.
Rasulullah SAW amat mengambil berat tentang soal meninggikan syiar masjid supaya menjadi tempat yang sesuai sebagai pusat dakwah. Di samping tempat masjid berfungsi tempat membina peribadi, menimba ilmu, mempersiapkan diri mempertahankan agama, tempat melangsungkan akad nikah, tempat penghakiman dan sebagai tempat untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
Masjid adalah segala-galanya dalam kehidupan individu Muslim. Namun begitu, perlu diingat masjid mempunyai adab-adabnya tersendiri dan umat Islam perlu mengikuti adab-adab tersebut.
Apabila seseorang itu berada di dalam masjid, maka dilarang meninggikan suara sebagaimana Imam Ibnu al-Haj berkata:
"Hendaklah dilarang sesiapa yang mengangkat suaranya di masjid ketika khatib sedang berkhutbah atau sebagainya daripada berbuat demikian."
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Jauhkanlah masjid-masjid kamu daripada (gangguan) anak-anak kecil, orang gila, musuh-musuh, jual beli, pedang yang terhunus, meninggikan suara kamu dan tidak boleh melaksanakan hukum hudud (dalam masjid), tangguhlah pelaksanaan itu pada hari-hari kamu berkumpul."
Sebenarnya banyak lagi adab-adab masjid seperti cara masuk, duduk, iktikaf, solat, ketika keluar dari masjid, menjaga kebersihan, tidak boleh berjual beli dan lain-lain lagi. Umat Islam seharusnya sedar akan hakikat fungsi masjis itu sebagai pertemuan kecintaan, keharmonian, toleransi dan tolong-menolong.
Mereka bertaut erat seperti saf-saf dalam solat menuju keredaan Allah SWT dengan membuang segala sifat iri hati atau dengki dan hanya mengharapkan keampunan dan keredaan serta kebaikan daripada Allah SWT.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah