Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

26 Jun 2010

Talak mudah, kesan besar


Mengikut mazhab al-Syafie jatuh talak tiga, sekiranya lafaz suami jelas dengan menyebut bilangan tiga atau disebut aku ceraikan engkau, aku ceraikan engkau, aku ceraikan engkau, maka jatuhlah talak tiga.
Namun ada pandangan yang mengatakan suami akan ditanya akan niatnya, adakah dia benar-benar bermaksud dengan talak tiga. Ini bagi memastikan supaya suami benar-benar sedar akan aplikasi talak tiga.
Walaupun demikian, kes sebegini akan dibicarakan di Mahkamah Syariah dan hakim akan meminta penjelasan dari suami sebelum membuat keputusan, sama ada talak itu tiga atau di sebaliknya.
Untuk maklumat lanjut mengenai permasalahan ini di sini saya nyatakan dalil berserta ulasan dan pandangan ulama dalam persoalan secara ringkas;
Dari Ibn Abbas, dia berkata: Pada masa Rasulullah SAW, Abu Bakar dan dua tahun pertamamasa kekhilafahan Umar talak tiga (sekali gus dengan satu lafaz) terhitung satu kali talak. Maka berkatalah Umar bin al-Khattab, golongan terlalu terburu-buru dalam urusan (menalak tiga sekali gus dalam satu lafaz) mereka yang dulu masih ada tempoh waktunya. Andai kata kami jalankan apa yang mereka lakukan dengan terburu-buru itu (bahawa talak tiga dalam satu kata (lafazh) itu jatuh talak tiga) nescaya hal itu dapat mencegah dilakukannya talak secara berturut- turut (seperti yang mereka lakukan itu).' Lalu ia memperlakukan hal itu terhadap mereka. (riwayat Muslim).
Daripada Mahmud bin Labid, ia berkata: Saat Rasulullah SAW diberitahu mengenai seorang lelaki yang menalak isterinya dengan talak tiga sekali gus, maka berdirilah ia dalam keadaan marah, kemudian berkata: Apakah ia ingin bermain-main dengan Kitabullah padahal aku masih ada di tengah kalian.?' Ketika itu ada seorang lelaki berdiri seraya berkata: Wahai Rasulullah, bolehkah aku membunuhnya?" (riwayat an-Nasaie, dan para periwayatnya adalah para periwayat yang sangat dipercayai).
Para ulama berbeza pendapat mengenai orang yang menalak dengan talak tiga sekali gus atau mengucapkannya dengan tanpa diselingi rujuk dan nikah.
Maksudnya, apakah talak tiga itu harus diambil kira sehingga isterinya menjadi tidak halal lagi baginya kecuali setelah ia menikah lagi dengan laki-laki lain (lalu bercerai) dan menjalani masa iddah darinya? Ataukah ia hanya terhitung satu kali talak saja sehingga ia boleh rujuk dengan isterinya selama masih dalam iddah, lalu setelah iddah ia melakukan akad baru sekali pun isterinya tersebut belum lagi menikah dengan laki-laki lain.?
1- Jumhur ulama, di antaranya empat imam mazhab, jumhur sahabat dan tabi'in berpendapat bahwa tiga talak dengan satu kata (lafaz) adalah berlaku bila seorang suami berkata, Kamu saya talak (tiga kali)!´ dan semisalnya atau dengan beberapa kata (kamu saya talak, kemudian mengatakan lagi, kamu saya talak, kemudian mengatakan lagi, kamu saya talak) sekali pun sebelumnya belum terjadi rujuk dan nikah.
Hadis Rukanah bin Abdullah bahawasanya ia telah menalak isterinya secara pasti (talak tiga sekali gus), lalu ia memberitahu akan hal itu kepada Nabi SAW, lantas beliau berkata, Demi Allah, kamu tidak menginginkan kecuali hanya satu kali saja.?" (Hadis ini dikeluarkan oleh asy-Syafiey, Abu Daud, at-Tarmidzy, Ibn Hibban (menilainya shahih) dan al-Hakim.
Di dalam hadis tersebut, Rasulullah meminta kepada suami yang menceraikan itu agar bersumpah bahwa ia tidak menginginkan dari ucapannya putus (talak tiga) tersebut kecuali hanya satu kali saja. Ini menandakan bahwa seandainya ia (suami) menghendaki lebih banyak dari itu (lebih dari satu kali) nescaya terjadilah apa yang diinginkannya.
b. Amalan para sahabat, di antaranya Umar bin al-Khattab RA yang menilai talak tiga dalam satu kata (lafaz) berlaku tiga seperti yang diucapkan suami yang menalak. Tentunya, mereka cukup sebagai panutan.
Selain dalil di atas, masih banyak lagi dalil yang dikemukakan pendapat ini namun apa yang sebutkan di sini ialah merupakan dalil yang lebih jelas.
2- Manakala sebahagian ulama berpendapat tiga talak dalam satu kata (lafaz), atau tiga talak dalam beberapa kata yang tidak diiringi rujuk dan nikah, tidak jatuh kecuali hanya satu kali saja (satu talak). Pendapat ini didukung oleh riwayat daripada beberapa sahabat, tabi'in dan para tokoh mazhab.
Dari kalangan sahabat terdapat Abu Musa al-Asy'ari, Ibnu 'Abbas, Ibn Mas'ud, μAli, μAbdurrahman bin μAuf dan az-Zubair bin al-'Awwam. Dari kalangan tabi'in terdapat Thawus, 'Atha', Jabir bin Zaid dan majoriti pengikut Ibn Abbas, Abdullah bin Musa dan Muhammad bin Ishaq. Dan dari kalangan para tokoh mazhab terdapat Daud azh-Zhahiri dan kebanyakan sahabatnya, sebahagian sahabat Abu Hanifah dan sebahagian sahabat Imam Malik.
Jangan bermain dengan talak, mengungkapnya senang tetapi kesannya sangat besar. Tahun lepas sahaja hampir 28,000 kes cerai yang didaftarkan. Bayangkan kalau cerai ini menjadi pilihan utama sebelum melalui proses-proses kaunseling dan sebagainya.
Sebenar banyak peluang dan jalan yang ada bagi menyelamatkan bahtera rumah tangga, antaranya suami yang bertakwa dan isteri yang bertakwa, rumah tangga dibina atas sendi keimanan dan ketakwaan pasti akan kekal hingga ke akhir hayat.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah