Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

25 Oktober 2010

Buku panduan haji mabrur

SAAT ini para jemaah haji persis menduduki peperiksaan apabila membuat semakan-semakan akhir sebelum menjejakkan kaki mereka ke Tanah Suci.
Namun tidak bermakna mengerjakan ibadat haji itu mempunyai tekanan seperti para pelajar yang hendak menjawab kertas soalan peperiksaan. Ia bukan satu ibadat untuk menguji ingatan dan pemahaman yang rigid, namun memang ada persiapan perlu dilakukan.
Ia supaya para jemaah dapat membuang segala taburan halangan dan kerumitan yang berada di sepanjang jalan mereka menuju ke destinasi haji yang mabrur.
Untuk itu mereka perlu menjalani kursus yang dianjurkan oleh pelbagai pihak sama ada pihak Tabung Haji Malaysia (TH) sehinggalah belajar daripada mereka yang berpengalaman luas mengerjakan ibadat haji.
Namun faktor rujukan melalui buku tidak kurang pentingnya. Kini terdapat begitu banyak buku di pasaran yang bertujuan memberi panduan kepada para jemaah melakukan haji.
Lebih banyak buku seperti itu adalah lebih baik. Bahkan menjadikan para jemaah lebih bersemangat dan tidak sabar-sabar menanti detik-detik menyambut lambaian Kaabah yang memanggil-manggil itu.
Malah mereka yang mendakwa tidak mendapat seruan haji lagi tetapi apabila meluangkan masa membaca buku-buku mengenai ibadat haji, belum sempat buku habis dibaca semacam tersentap hati dan perasaan untuk segera melakukan haji jika tidak pun umrah, tanpa dapat ditunggu-tunggu lagi.
Lalu buku karangan pendakwah terkemuka Zahazan Mohamed yang bergabung tenaga dan idea dengan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Mohamad Nizam Abdul Kadir dengan tajuk yang menarik ini, pastinya menjadi buku yang wajib dimiliki oleh para jemaah haji Malaysia.
Walaupun pelbagai buku telah dirujuk namun memiliki buku ini akan menjawab lebih banyak persoalan tentang haji sebagaimana tajuknya.
Walaupun dianggap remeh-temeh atau tidak masuk akal namun tidak mustahil perkara-perkara tersebut boleh berlaku ketika sedang mengerjakan ibadat haji. Mungkin apa yang dibaca melalui buku ini akan menjadi pelampung penyelamat dan panduan.
Ditulis dalam bentuk soal jawab, iaitu sebanyak 283 soalan (remeh mahupun tidak), namun ia mencakupi akan segala aspek ibadah haji, iaitu sebanyak 19 tajuk bagi membincangkan setiap inci persoalan.
Bermula daripada pengertian haji dan umrah, sehinggalah kepada pelbagai perkara terutamanya syarat-syarat rukun dan wajib haji, ihram, larangan-larangan semasa ihram, wukuf, saie, bercukur dan bergunting, bermalam di Mudzalifah, melontar jamrah, bermalam di Mina, dam dan kesalahan-kesalahan haji, jenis-jenis haji dan masalah wanita.
Pelbagai persoalan ‘remeh’ itu dikemukakan dalam buku ini. Ini termasuklah bolehkah para jemaah memakai jam tangan atau cincin? Andai jatuh hati terhadap berlainan pasangan, bolehkah berlaku peminangan dalam tempoh ihram?
Benarkah yang paling afdal para jemaah perlu berlari-lari semasa mengerjakan tawaf? Selain disunatkan untuk mencium hajar aswad, benarkah para jemaah juga disunatkan untuk memegang Kaabah atau mencium setiap penjuru Rumah Allah itu?
Adakah sah ibadat haji akibat terlalu sesak untuk melontar (jamrah), menyebabkan tidak sempat untuk melontar? Ibadat haji manakah yang lebih afdal, ifrad, tamattuk atau qiran?
Pelbagai persoalan lagi yang ditulis dalam bahasa harian bagi memudahkan para jemaah lebih memahami suasana ibadat haji dan boleh menjadi panduan ketika mereka beribadat kelak.
Buku ini sangat sesuai untuk jemaah haji Malaysia apabila segala jawapan dan keterangan adalah mengikut hukum mazhab Syafie, mazhab yang menjadi ikutan dan amalan kita selama ini.
Namun di tanah suci kelak akan berlaku pelbagai jenis lagi pertembungan dan perbezaan mengikut pelbagai mazhab dan aliran termasuk Sunni dan Syiah dengan setiap satunya mempunyai kelebihan masing-masing.
Justeru para jemaah dinasihatkan jangan berhenti untuk bertanya kepada yang lebih arif supaya tidak berlaku sebarang kejutan budaya!
Antara matlamat lain buku tentu sahaja untuk dibeli dan dihadiahkan oleh seorang anak kepada ayah dan ibunya yang hendak mengerjakan haji!
Jangan dikirakan soal pahala mahupun ganjaran yang menanti tetapi tidak lebih satu penghargaan dan penghormatan yang tinggi kepada yang bakal bergelar haji dan hajah supaya memberikan mereka lebih semangat dan inspirasi sebelum berangkat ke tanah suci.
Tentu sahaja debaran untuk mengerjakan haji begitu memenuhi dada kerana hari-hari terakhir sebelum berangkat pergi adalah hari yang penuh emosi.
Namun dengan adanya buku ini debaran dapat dikurangkan, emosi dapat dikawal dan menaikkan semangat.
Selain mengiringkan mereka dengan doa, pemberian buku seperti ini sewajarnya menjadi satu amalan dan tradisi bagi mengeratkan lagi ikatan silaturrahim sesama ummah!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah