Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

30 Oktober 2010

Cara Nabi SAW bergaul dengan bukan Islam

A. Tajuk Pergaulan Rasullulah SAW 

Nabi Muhammad SAW adalah contoh terbaik. Baginda bergaul dengan semua penduduk Mekah tidak kira yang miskin atau kaya, berpangkat atau tidak.

Lebih-lebih lagi dalam menggauli golongan yang bukan beragama Islam. Baginda sentiasa bergaul baik dengan golongan yang bukan beragama Islam.
Nabi SAW melihat setiap mereka sebagai aset agama, baginda juga melihat mereka sebagai anak Adam yang perlukan bimbingan dan tunjuk ajar ke arah agama Islam.
Sebelum diutus menjadi Rasul baginda telah dinobatkan dengan gelaran al-Amin, orang sangat dipercayai dan tidak pernah berdusta. Tidak ada yang berkecil hati dengan Rasulullah SAW.
Baginda tidak meninggikan suara di hadapan mad'u (golongan sasaran). Tidak ada dalam lipatan sejarah bahawa nabi SAW menyakiti hati orang bukan Islam, melainkan dalam urusan mempertahankan maruah agama dan kedaulatan Islam.
Sebab itulah Allah SWT berpesan kepada Rasulullah agar tidak bersikap keras atau keras ke atas golongan bukan Islam.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepada-Nya. (ali-'Imran: 159).
Sekiranya kita ada kawan dari kalangan yang bukan ajaklah dia berbincang mengenai keindahan agama, biar wujud kesefaham dalam beragama di antara kita dan kawan kita.
Sekali gus, dialog memahami agama sudah ada. Ustaz yakin dengan demikian kita akan lebih faham kawan kita dan agamanya. Mungkin dengan cara itu kita dapat elakkan salah faham atau tersalah anggap.
Menelusuri cara Rasulullah SAW melayan orang bukan Islam, kita akan terpegun dan percaya bahawa sikap ini yang menjadikan ramai manusia yang jatuh hati kepada agama Islam.
Antaranya riwayat daripada Anas bin Malik r.a, bahawa seorang budak lelaki yahudi yang berkhidmat (khadam) untuk Rasulullah tiba-tiba jatuh sakit, lalu baginda SAW menziarahi budak yahudi itu.
Ketika baginda duduk di sisi kepala budak tersebut, baginda berkata: Islamlah (masuklah Islam), lalu budak itu melihat ke arah ayahnya, lantas ayahnya berkata kepada anaknya: taatlah engkau kepada Abu al-Qasim (Nabi SAW dengan menganut Islam), tanpa berlengah budak itu menganut Islam.
Setelah baginda keluar dari rumah budak itu, baginda berkata: Segala puji bagi Allah yang menyelamatkannya dari neraka. (riwayat al-Bukhari)
Daripada Abi Hurairah r.a telah berkata, telah dikatakan kepada Rasulullah SAW, Wahai Rasulullah! Doalah supaya orang musyrikin diturunkan musibah. Baginda membalas: sesungguhnya aku tidak diutus untuk melaknat (meminta suatu yang buruk), akan tetapi aku diutus sebagai pembawa rahmat. (riwayat Muslim)

B. Ucapkan Selamat Deppavali
Di sini saya memberikan satu kenyataan Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi dari laman web Islam-0nline tentang memberi ucapan pada hari-hari kebesaran orang bukan Islam, Maksudnya: Dan dia (al-Qaradawi) berkata tentang mengucap tahniah kepada perayaan Yahudi dan Kristian: "Ini (ucap tahniah) termasuk daripada hak-hak bersama. Jika seorang ahli kitab datang dan mengucapkan tahniah kepada kamu dengan perayaan kamu, dan dia berkongsi kedukaan dan musibah kamu, dan dia mengucapkan takziah kepada kamu dengan kedukaan dan musibah tersebut.
"Maka apakah pula yang melarang kamu memberi tahniah dengan perayaannya dan dalam kegembiraannya dan kamu ucap takziah dalam musibah yang menimpanya.
Allah berfirman: Apabila kamu dihormati dengan satu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa. (al-Nisa': 86 )
Ini tidaklah bermakna kita menyambut perayaan mereka bersama mereka. Sebaliknya kita hanya mengucapkan tahniah sahaja. Inilah daripada kebaikan dan keadilan yang datang bersama agama ini (Islam)".
Jelas, bahawa mengucapkan selamat deepavali kepada kenalan dan kawan-kawan kita yang beragama hindu tidak dihalang dalam Islam.
Apa yang mustahak dalam hal ini ialah tujuan kita mengucapkannya bukan untuk menyambutnya bersama. Malah yang demikian adalah demi menghormati budaya dan adat orang lain.
Saya juga yakin dengan menghormati hari-hari kebesaran orang bukan Islam sedikit sebanyak dapat memecahkan tembok salah faham Islam.
Dengan demikian agama Islam akan menambat hati-hati mereka kerana keindahan ajarannya yang sarat dengan ihsan dan kebijaksanaan sekali gus menjadikan Islam agama yang dihormati.
Ada juga suara-suara yang agak lantang dalam hal ini, sehingga menghalang kita mengucapkan apa-apa ucapan, kononnya dengan mengucap selamat deepavali, selamat krismas atau apa-apa ucapan hari kebesaran orang bukan Islam semacam kita mengiktiraf dan menyambutnya.
Alasan ini sangat tidak patut, ini kerana kalau musim deepavali tidak ucap happy deepavalinak ucap apa untuk kenalan dan jiran tetangga?
Bukannya ada ucapan lain yang boleh menggantikan happy deepavali. Kalau ada bolehlah kita mengucap dengannya.
Setahu ustaz, itulah ucapan yang ada untuk kita ucapkan kepada masyarakat india yang beragama hindu.
Teringat saya pada pesanan seorang guru saya, katanya: "Buatlah baik pada manusia wahai Farid nescaya kamu dapat memperhambakan hatinya".

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah