foto saya (album) di facebook.
http://www.facebook.com/arif.anwar.14/photos_albums
Assalamualaikum wbt & salam 1 malaysia.
Saya meminta maaf kepada semua pengunjung blog ini kerana tidak post hampir tiga minggu kerana kesibukan masa di permata pintar. Baiklah saya akan ceritakan pengalaman saya:
Saya dengan dua orang kawan saya lain pergi ke Sambutan kemerdekaan "janji ditepati" ke 55 di Stadium Nasional bukit jalil dengan percuma token LRT. Kami bertolak selepas solat Asar. Setibanya tiba di Terminal Bersepadu Selatan, kami terus ke stadium dengan menaiki LRT. Pada pukul 8 malam, bermulalah sambutan tersebut. Setibanya perdana menteri kita dan menteri-menteri kabinet tiba, kami terus menyanyikan lagu patriotik. Ada juga lagu janji ditepati dengan lirik versi lagu anak kampung. Dato' Seri Rais Yatim dan Dato Seri Najib memberi ucapan dalam 1 jam setengah. Beliau ada menyebut perasmian dan pembukaan kedai buku 1 malaysia pertama di Pusat Transformasi Bandar di puduraya dan juga mengembangkan cawangan-cawangannya.
Seterusnya, ada upacara penyampaian anugerah kepada ikon seni dan sukan, iaitu Dato' Lee chong wei, Pandalela dan juga Yuna. Selain itu, ada juga anugerah kampung sejahtera khas buat kampung/ perumahan tercantik hiasannya. Ada pelbagai persembahan yang gempak dihidangkan kepada kami semua. Banyak foto saya rakam dalam kamera tetapi terpadam. Disebabkan itu, foto sahajalah yang dapat dimuat turun dalam facebook yang memuatkan sebelum, semasa 'formation pasukan janji ditepati' termasuk 'formation persembahan' dan selepasnya. Pada pukul 10.30 malam, kami beredar, solat isyak dan balik ke UKM walaupun ada lagi persembahan dan cabutan bertuah (bukan menang pun). Kami tiba di UKM (Kolej pendeta zaaba pukul 12 tengah malam.
Pada 1 september, saya diajak oleh kawan saya yang balik rumah (selaku rakan sekelas) ajak ke rumahnya untuk beraya di Kapar, kalng. Kami sejumlah 8 orang naik ktm ke kl sentral dan tukar ke stesen klang.. Sampai di sana, kami solat zohor di di masjid sultan sulaiman. Dia rakan sekelas(Safwan) jemput kami naik bas ke Kapar(17 km). Setelah makan tengah hari yang begitu lambat di rumahnya, kami ke One Plaza, kuala selangor dalam hampir sejam ke sana dari kapar untuk bertemu dengan rakan lama semasa perkhemahan PPCS Permata pintar yang tidak dapat PERMATApintar. Kami terus main bowling dan berkaraoke dengan solat maghrib. Oleh kerana sudah pukul 8 malam, kami balik ke rumah Safwan dengan kawan lama (hidayat) dan tidur di sana kerana Klang jauh gila dari ukm. One plaza itu tempat hiburan sahaja, bukan 'shopping'. Sambil itu, kami ulang kaji linear algebra dan fizik kerana ujian pertengahan semester 2 berlangsung pada hari lusa (isnin).
Keesokannya, kami hantar Hidayat balik ke rumahnya di kuala selangor sambil beraya. kemudian, kami balik rumah Safwan semula dan bersantai-santai. Selepas solat Asar, ayah Safwan hantar kami semua balik ke ukm. 'Result' saya ialah 5A 2B 1C 1D. Subjek A ialah english, bm, mt, sejarah dan agama islam.
Saya balik pada hari malaysia. Balik ke ukm, terus ada latihan kawad berformasi. Hal ini kerana saya masuk wakil PERMATApintar lawan dengan kolej kediaman lain di ukm yang berlangsung pada 19/9 di stadium ukm, iaitu pertandingan perbarisan berformasi peringkat ukm sempena hari malaysia. Pada hari isnin dan selasa petang, kami ada training kawad berformasi dengan maskotnya saya. Nanti saya berkerusi roda (kaki kudung yang merupakan bekas perajurit merdeka) dengan pakaian tentera dan membawa bendera malaysia. Penolak kerusi roda ditolak oleh Amizul. Komandernya ialah Afieq Azwa dan pembawa bendera permata pintar dan sepanduk oleh Safwan zulfazli dengan Sayidah (queen). Kami membuat formasi tugu negara dan 1malaysia (idea saya) dengan lagu Bangkitlah. Malam selasa itu ada raptai dan Rabu petang ada raptai penuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan