MAHALI Jazuli puas selepas menjaringkan gol kedua Malaysia untuk membantu Harimau Malaya menumbangkan Indonesia pada perlawanan terakhir Kumpulan B, malam tadi.
KUALA LUMPUR - Garuda akhirnya tumbang dibaham Harimau Malaya yang mencatat kemenangan 2-0
untuk merintis laluan ke separuh akhir Piala Suzuki AFF selaku naib juara Kumpulan B di Stadium
Nasional, Bukit Jalil semalam.
Laluan Malaysia untuk mempertahankan kejuaraan bagaimanapun penuh dengan ranjau apabila bakal
berdepan pasukan pilihan, Thailand yang muncul juara Kumpulan A selepas Singapura menjuarai
Kumpulan B dengan menang 4-3 ke atas Laos dalam satu lagi pertembungan, semalam.
Dua jaringan sumbangan Azamuddin Akil pada minit ke-26 dan Mahali Jasuli, tiga minit kemudian
memastikan Indonesia terus kempunan merangkul kejuaraan sulung Piala Suzuki AFF.
Sebaliknya Malaysia kini berpeluang mempertahankan gelaran yang dimiliki pada 2010.
Skrip yang terjadi dua tahun lalu nampaknya seakan-akan berulang selepas bermula dengan kekalahan
tetapi bangun pada baki dua perlawanan kumpulan, sebagaimana karakternya seekor Harimau,
Malaysia kini dilihat semakin rakus mencakar mangsa-mangsanya.
Pemain negara berjuang bermati-matian menangkis serangan-serangan berbisa lawan, terutama melalui
Andik Vermansyah dan pujian harus diberikan kepada barisan pertahanan negara yang menyerap segala tekanan skuad Garuda.
Malah, Rajagobal terpaksa melakukan tiga pertukaran awal ketika permainan masih berbaki 20 minit
ekoran masalah kecederaan yang dialami oleh pemain.
Safee Sali terpaksa meneruskan permainan biarpun cedera dan semangat pahlawan Harimau Malaya
memang wajar dipuji.
Jika Garuda berbangga dengan Andik, Wan Zack Haikal Wan Nor sebenarnya nampak lebih hebat
daripada pemain itu dengan banyak kali berjaya membocori kawalan pertahanan Indonesia.
Mahali juga dianggap pemain terbaik perlawanan dengan menjaringkan satu gol, selain melakukan
hantaran kepada Azamuddin bagi jaringan sulung perlawanan.
Seperti dijangka, S. Kunanlan yang diberitakan mengalami kecederaan pangkal paha tidak diturunkan
bersama Khyril Muhymeen. Datuk K. Rajagobal menurunkan Azamuddin mengisi posisi sayap di sebelah
kiri.
Pada 20 minit terawal permainan, Harimau Malaya bermula dengan gugup selepas barisan pertahanan
banyak melakukan kesilapan dan membuka ruang kepada Samsul Arif Munip dan Irfan Bachdim
melancarkan beberapa serangan berbahaya ke pintu gol yang dikawal Mohd. Farizal Marlias.
Aksi di bahagian tengah juga kurang menjadi dengan Safiq Rahim yang digandingkan bersama Shakir
Shaari sering kali melepaskan kawalan bola kepada Garuda.
Namun, percaturan taktikal Rajagobal menukar Azamuddin ke bahagian kiri dan Wan Zack pula ke kanan memberikan pulangan lumayan apabila dua gol dapat dicetak dalam tempoh lima minit.
Melalui gerakan satu dua bersama Wan Zack, Mahali melakukan hantaran silang cantik ke dalam kotak
penalti Indonesia yang sempat disentuh sedikit oleh Safee dan dilunaskan penuh bergaya oleh
Azamuddin, pemain yang mendapat panggilan semula setelah kecederaan Zaquan Adha Abdul Razak.
Gol itu ternyata menggamatkan 85,000 penonton yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil, di
mana 70,000 daripadanya adalah penyokong Malaysia.
Tidak sampai tiga minit kemudian, kegembiraan penyokong Harimau Malaya berterusan.
Berpunca daripada kawalan Wan Zack, dia bijak menduga gerakan Mahali dan melorongkan bola kepada
bek kanan negara itu sebelum melepaskan percubaan daripada sudut sukar bagi meletakkan Harimau
Malaya selesa di hadapan.
Tersentak dengan jaringan itu, Nil Mahzar tiada pilihan kecuali memasukkan bintang muda mereka,
Andik tetapi kubu pertahanan Malaysia yang dikendalikan Aidil Zafuan dan Mohd. Fadhli Shas berjaya
memenuhi janji mereka bagi memastikan gawang Harimau Malaya tidak bocor lagi.
Bagaimanapun kemenangan Malaysia terpaksa dibayar dengan harga yang mahal kerana dua penyerang
utama, Norshahrul dan Safee berdepan kecederaan dan belum pasti dapat pulih dalam tempoh seminggu
ini.
Separuh akhir pertama akan berlangsung di Bukit Jalil pada 9 Disember dan Harimau Malaya akan
berkunjung ke Bangkok pada 13 Disember.
*Berdasarkan penilaian saya, memang benarlah apa yang dikatakan oleh Utusan memang benar kerana saya setia
bola sepak dan akhirnya kita layak ke separuh akhir (saya selalu menonton perlawanan di televisyen). Tahniah
kepada pasukan kita. Kita terpaksa berlawan dengan Thailand walaupun kita ada sudah ada harapan berlawan
dengan Filipina. Hal ini kerana Singapura kalahkan Laos 4-3 yang menjadikan Singapura memungut 7 mata
sekaligus Malaysia jatuh ke naib juara kumpulan B di belakang Singapura. Oleh kerana kita berjaya belasahkan
pasukan Garuda itu, Indonesia jatuh ke nombor 3 dan kita no 2 dengan 6 mata keseluruhan. Saya melihat taktikal
yang dibuat oleh K.Rajagopal dan perubahan ke lebih terbaik pasukan kita telah berjaya golkan dalam masa
5 minit sahaja. Saya berharap semoga 9 Disember nanti (perlawanan dengan Thailand) nanti menempah kejayaan.
Insya-Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan