Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

06 Disember 2012

Lagi bantuan ke Gaza



PERTUBUHAN misi bantuan kemanusiaan, AQSA Syarif baru-baru ini berlepas ke Gaza bagi meneruskan 
misi kumpulan tersebut menyalurkan bantuan kecemasan ke negara bergolak itu.

Rombongan 18 sukarelawan itu terdiri daripada ahli Aqsa Syarif, krew media dan juga duta Aqsa Syarif, 
Afdlin Shauki bersama krew Vision Works.

Misi tersebut merupakan yang kedua daripada empat misi yang diaturkan selepas serangan besar-
besaran selama tujuh hari yang dilancarkan oleh pihak Israel. Bagaimanapun bantuan tersebut 
merupakan misi yang ke-11 yang disalurkan oleh Aqsa Syarif sejak awal penubuhannya.

Ketua misi, Nor Azmi Talib berkata, misi bantuan kali ini memfokuskan kepada bantuan kecemasan dan 
ubat-ubatan dengan peruntukan sebanyak RM450,000 daripada hasil kutipan yang dilancarkan.

"Di samping menemui mangsa-mangsa serangan rejim Zionis Israel, rombongan misi akan membuat 
penyerahan bantuan berbentuk keperluan hidup kepada penduduk Gaza seperti bantuan makanan, 
ubat-ubatan dan keperluan seharian mangsa," katanya.

Beliau berkata demikian sebelum berlepas mengetuai kumpulan bantuan kedua itu. Misi bertolak dari 
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Kaherah dan dijangka tiba di Gaza
 pada 10 Disember.

Sebanyak RM1.5 juta telah disampaikan oleh kumpulan pertama yang berlepas pada 29 November lalu 
dan diketuai oleh Pengerusi Aqsa Syarif, Profesor Madya Dr. Hafidzi Mohd. Nor.

Sementara itu, Afdlin berharap orang ramai tidak kira keturunan dan agama dapat sama turut 
membantu mengikut kemampuan masing-masing dalam meringankan bebanan yang menimpa 
penduduk Gaza.

Afdlin bersama krew Vision Works akan membuat penggambaran kesengsaraan yang dihadapi rakyat 
Gaza dengan merakam suasana kawasan yang menjadi nahas serangan Israel dan juga keadaan mangsa 
serangan.

"Diharap dengan usaha ini dapat menggalakkan dan meningkatkan lagi kesedaran orang ramai terhadap 
situasi sebenar yang menimpa penduduk Gaza agar lebih banyak bantuan dapat disalurkan kepada 
mangsa," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian dengan menyalurkan ke dalam 
akaun Aqsa Syarif Berhad, 551575004299 (Maybank Islamik) atau 12092010034904 (Bank Islam).

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah