Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

26 Mac 2010

'Jahiliah moden' lebih dahsyat

KITA sekali lagi didedahkan dengan penemuan seorang bayi perempuan di Ipoh, Perak seperti yang tersiar di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia semalam. Kali ini bayi yang ditemui dalam semak berhampiran tempat pembuangan sampah itu masih hidup.
Entah kali ke berapa dalam bulan ini sahaja kita disajikan dengan berita seumpama ini. Berita yang sungguh menyayat hati bagi sesiapa sahaja yang mempunyai sifat peri kemanusiaan, akal yang waras dan sempurna serta iman yang penuh di dada.
Sebenarnya, sama ada kita sedari atau tidak, kita telah kembali ke zaman jahiliah. Cuma kali ini boleh dikatakan kita berada di zaman 'jahiliah moden'.
Daripada segi bahasa, jahiliah berasal daripada perkataan 'jahala' atau kata terbitan 'jahlun' yang bermaksud bodoh dan sesat atau jahil. Ia merujuk kepada masyarakat Arab jahiliah di Semenanjung Tanah Arab lebih kurang 1,400 tahun dahulu di mana masyarakat mereka amat mundur daripada segi akhlak dan moral.
Pada zaman tersebut, nilai-nilai moral dan kepercayaan masyarakatnya amat rendah. Mereka bukan sahaja bodoh bahkan juga angkuh dan sesat serta tidak berakhlak. Keadaan akhlak dan moral masyarakat Arab jahiliah amat buruk. Mereka tidak sopan dan tidak berperikemanusiaan.
Taraf
Ada di kalangan mereka yang sanggup bertukar-tukar isteri dan ada juga yang mengahwini ibu bapa sendiri. Malah ada yang sanggup menanam anak perempuan hidup-hidup. Kaum wanita pada ketika itu dianggap seperti barang dagangan dan mempunyai taraf yang cukup rendah dalam struktur masyarakat mereka.
Ironinya, banyak yang terjadi pada zaman jahiliah itu berlaku pula kini dalam masyarakat yang dikatakan moden dan bertamadun. Bahkan kita mungkin lebih dahsyat lagi daripada mereka.
Dalam kes pembuangan bayi terutamanya, kita sememangnya sama seperti masyarakat jahiliah. Paling tidak, mereka hanya menanam hidup-hidup atau membunuh anak-anak perempuan mereka. Namun masyarakat kita pada hari ini tidak kira jantina anak tersebut, semuanya menjadi mangsa. Masyarakat kita sebenarnya bersifat lebih buruk daripada haiwan.
Antara tanda-tanda kiamat semakin hampir ialah apabila perzinaan berlaku secara berleluasa. Hal ini sememangnya sudah tidak dapat disembunyikan lagi. Sebanyak 17,303 kes anak luar nikah didaftarkan di seluruh negara pada tahun 2009. Angka ini sebenarnya menunjukkan betapa masyarakat kita sedang dilanda kepincangan moral dan akhlak yang amat kritikal dan dahsyat. Ini kerana cuma 16,541 kes didaftarkan pada tahun 2008, seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Alwi Ibrahim.
Marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri dan memainkan peranan masing-masing dalam konteks dan kemampuan kita sendiri. Yang pastinya, institusi kekeluargaan perlu diperkukuhkan dengan penerapan nilai moral dan asas didikan agama yang teguh kerana keluarga tunjang kepada kekuatan sahsiah dan keperibadian seseorang individu.
Kebimbangan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak berhubung kepincangan institusi kekeluargaan ini memang ada asasnya. Jika kita gagal memulihkan peranan institusi ini, maka kita sememangnya akan menuju kepada kehancuran dan masyarakat yang rendah nilai akhlaknya.
Semoga kita semua beroleh keampunan daripada Allah SWT dan dijauhkan dari segala azab dan musibah.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah