Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

09 Oktober 2010

Rezeki haram undang mudarat

Pemberian wang ehsan dan bantuan fakir miskin daripada kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipercayai bersumberkan wang judi menyebabkan para penerima memulangkan wang tersebut.


Sekiranya orang Islam mengetahui bahawa rezeki atau duit yang mereka terima itu jelas daripada sumber yang haram maka haram bagi umat Islam memakannya.

Sumber atau hasil daripada judi boleh digunakan sekiranya orang Islam benar-benar dalam keadaan darurat. Darurat mestilah keadaannya sangat-sangat terdesak. Contohnya, tiada langsung sumber halal. Sekiranya tak terima yang haram akan mati kelaparan. Maka dalam keadaan sebegini Islam mengharuskan, dengan syarat dihalalkan yang haram sekadar untuk selamatkan nyawa. Jika duit haram itu dihonoriumkan adalah haram bagi orang Islam.
Ayat-ayat al-Quran serta riwayat-riwayat hadis dan athar para sahabat yang sentiasa menjadi rujukan, antaranya:
Hadis yang diriwayatkan dari Abu Bakar ra ada dua jalan, yang pertamanya yang bermaksud: "Tidak akan masuk ke dalam syurga daging yang tumbuh dari sumber wang yang nerakalah yang layak baginya." (riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya), manakala riwayat yang lain bermaksud: "Tidak akan masuk syurga tubuh badan yang membesar dengan sumber yang haram." (riwayat al-Khatib al-Tabriziy di dalam Miyskah al-Misbah).
Maksud hadis ini ialah tubuh badan atau daging yang membesar bersumberkan pendapatan haram maka di akhirat kelak sebagai balasan neraka jahanamlah tempat baginya sebagi balasan. Ini kerana Allah SWT mengharamkan setiap yang kotor serta sumber pendapatan yang melanggar syarak sebagai haram, sedang Allah SWT memerintahkan orang Islam hanya memakan yang baik lagi jelas halalnya.
Allah SWT memerintahkan hamba-hambanya yang benar-benar beriman agar menjadikan yang halal sahaja sebagai makan rutin harian. Ini kerana sumber rezeki atau pendapatan yang haram bukan sahaja melayakkan seseorang itu menjadi penghuni syurga bahkan turut memberi kesan kepada kelakuan manusia.
Allah SWT memerintah setiap Rasul-Nya agar makan yang halal lagi, supaya apa ditinggalkan oleh para Rasul menjadi ikutan bagi umat Islam. Firman Allah yang bermaksud: Wahai Rasul-rasul, makanlah daripada makanan yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal salih, sesungguhnya aku mengetahui apa yang kamu kerjakan. (al-Mukminun: 51).
Dalam ayat yang lain Allah SWT menyeru manusia keseluruhannya, termasuk Rasul-rasul, orang yang beriman dan Allah SWT turut mengajak yang belum beriman agar makan makanan yang halal kerana ia lebih baik. Firman-Nya yang bermaksud: Wahai sekelian manusia makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang dan nyata bagi kamu. (al-Baqarah: 168)
Di dalam riwayat yang disampaikan oleh Ibn Mardawaih daripada ibn Abbas ra, tatkala ayat ini dibaca oleh sahabat di hadapan Rsulullah SAW, maka berdirilah Sa'ad bin Abi Waqqash. Dia memohon kepada Rasulullah supaya baginda memohon kepada Allah agar apa sahaja yang dipohon melalui doa oleh Sa'ad dikabulkan Allah. Maka baginda bersabda yang bermaksud: Wahai Sa'ad! Perbaikilah makanan engkau, nescaya engkau akan dijadikan Allah orang yang makbul doanya. Demi Tuhan, yang jiwa Muhammad berada pada takdir-Nya, sesungguhnya seorang lelaki yang menyuapkan suatu yang haram ke dalam perutnya, maka tidaklah diterima amalnya selama empat puluh hari. Dan sesiapa di hamba Allah yang membesar dagingnya dari sumber yang haram dan riba, maka api neraka lebih baik untuknya. (Disebut oleh al-Haithamiy di dalam al-Majma', jld:10, hlm:291, juga lihat; al-Munziriy, al-Targhib, jld:2, hlm:547. Hadis ini darjatnya lemah)
Ibn Kathir berpandangan: "Makanan yang yang baik untuk badan hendaklah makanan yang tidak memudaratkan jasad dan memudaratkan akal…" (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-'Azim, jld:1, hlm:434)
Pak Hamka berpendapat bahawa sumber dan rezeki yang haram besar pengaruhnya kepada akhlak dan tingkah laku manusia. (Tafsir al-Azhar, Prof. Dr. Hamka, jld:1, hlm:377).
Firman Allah SWT yang bermaksud: Oleh itu, makanlah daripada apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembah-Nya semata-mata. (al-Nahl:114)
Sesungguhnya Rasulullah SAW telah memberitahu bahawa akan datang umat di akhir zaman bersikap acuh tak acuh dalam urusan mencari rezeki, mereka tidak akan bertanya dari mana sumbernya juga tidak mencari dari mana datangnya. Daripada Abu Hurairah ra, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Akan datang suatu zaman ke atas manusia, mereka tidak peduli dari mana dia ambil rezekinya, tidak peduli halalkah atau haram rezeki yang diterimanya. (al-Bukhari, no:2059)
Mereka yang berakal serta sedar bahawa dunia ini ada penyudah dan perhitungannya. Penghujungnya setiap orang akan berada di hadapan Allah SWT bagi menerima balasan, hal ini jelas dalam hadis Rasulullah SAW daripada Mua'z bin Jabal yang bermaksud: "Tidak akan berganjak kaki anak Adam selagi mana dia tidak menjawab akan empat soalan; jasadnya kemana digunakan, umurnya di mana dihabiskan, dan akan ditanya akan hartanya dari mana ia diperoleh dan ke mana pula dibelanjakan, serta apa yang dilakukan dengan ilmunya." (riwayat al-Tarmidzhi, jld:7, hlm:101, hadis hasan sohih)
Kebanyakan di antara kita tidak sedar bahaya rezeki haram, kesannya serta mudaratnya. Ada pula di antara kita yang tidak kisah dari mana datangnya rezeki itu. Daripada Aisyah telah berkata yang bermaksud: Abu Bakar al-Siddiq pernah memiliki seorang budak suruhan. Pada suatu hari budak suruhan ini telah datang dengan membawa makanan, lalu Abu Bakar pun memakan dari apa yang dibawa oleh budak suruhan itu. Lantas budak suruhan itu bertanya kepada Abu Bakar, tahu tak kamu apa ini (makanan yang dibawa), Abu Bakar menjawab: Apa dia? Lalu budak itu memberitahu kepada Abu Bakar, dulu zaman jahiliah aku pernah menilik untuk orang ramai, sedang aku ini bukanlah seorang tukang tilik yang handal melainkan aku khianati orang dengan dustaan tilikan. Aku terserempak dengan orang yang pernah aku tilik lalu memberi aku makanan yang telah engkau makan sebentar tadi. Tanpa berlengah Abu Bakar telah memasukkan jarinya ke dalam mulut dan memuntahkan semua yang telah dimakannya. (riwayat al-Bukhari, no:3554, Kitab al-Manaqib)
Diriwayatkan juga bahawa Umar bin al-Khattab ra merasakan sesuatu yang tidak selesa setelah minum susu, lantas Umar bertanya kepada yang telah memberinya susu tadi, dari mana kamu beroleh susu ini? Orang yang memberinya menjawab aku telah memerahnya daripada unta yang disedekahkan ketika unta-unta sedang minum air. Lantas Umar memasukkan jarinya kemudian memuntahkan apa yang telah diminumnya.
Pernah seorang wanita solehah berpesan kepada suaminya ketika keluar rumah mencari rezeki dengan berkata: Wahai suamiku! Takutlah kamu akan Allah di dalam mencari rezeki, sesungguhnya kami (anak isteri) boleh bersabar atas kelaparan tetapi tidak akan sabar menanggung api neraka.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah