Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

31 Ogos 2012

ucapan kemerdekaan & fahami makna sebenar kemerdekaan


Assalamualaikum dan salam 1malaysia serta salam merdeka ke 55 "janji ditepati" yang merupakan tema kemerdekaan tahun ini. Sebelum saya ingin post artikel kemerdekaan, saya ingin meminta doa daripada semua pengunjung blog semoga saya boleh menjawab soalan dengan baik dan dapat keputusan terbaik pada 'mid term semester 2 pada minggu hadapan'. Amin. Dalam seminggu ini, saya sibuk ulang kaji untuk ujian semester nanti.

Pada malam ini, jangan lupa pergi ke stadium bukit jalil untuk perhimpunan merdeka, antaranya, twitter merdeka, cabutan bertuah, persembahan dan macam-macam lagi yang akan didatangi oleh Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.  Insya-Allah juga saya dengan 2 orang kawan saya akan ke stadium juga bagi meraikan hari bermakna ini. Lagipun perkhidmatan monorel & LRT percuma ke Stadium bukit jalil dengan cara mengambil token khas untuk pergi di mana-mana stesen monorel & LRT seluruh tempat dan semasa balik nanti, ambil token juga. Perjalanan berlepas terakhir pada pukul 1.30 pagi. Acara ini akan bermula pukul 8.30 malam hingga 11 malam lebih, insya-Allah. Penjualan token percuma bermula pukul 4 petang. 

Seterusnya, inilah artikel saya:

DALAM kita menyambut dan memperingati Hari Kemerdekaan yang ke-55 hari ini, adalah amat wajar bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum memberi tumpuan dan perhatian terhadap pengukuhan patriotisme dan perpaduan.

Patriotisme dan perpaduan paling penting dalam proses pembinaan negara selain daripada isu ekonomi dan pembangunan sosial. Setiap tahun dalam meraikan Hari Kemerdekaan, rakyat Malaysia dapat menyemarakkan semula semangat patriotik melalui pelbagai cara dan pendekatan.

Menyemai kebanggaan pada bendera Jalur Gemilang merupakan satu ciri penting dalam pembinaan negara. Rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan Jalur Gemilang kerana ia merupakan lambang kemegahan dan patriotisme kepada negara.

Salah satu cara menjadikan generasi muda kita patriotik dan bersemangat nasionalisme adalah dengan mendidik mereka menghormati dan mencintai bendera. Menganjurkan kempen 'Cintai Bendera Kita' di sekolah-sekolah, di kalangan anak-anak muda mustahak bagi memberikan mereka kefahaman tentang kepentingan bendera kebangsaan.

Bagi generasi warga emas, hari kemerdekaan membawa ingatan kegigihan dan perjuangan menentang dan menghapuskan cengkaman pihak penjajah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bebas dan berdaulat. Bagaimanapun, bagi generasi muda, terutamanya mereka yang lahir selepas 1957, kajian yang dijalankan oleh akhbar tempatan tidak lama dulu menunjukkan walaupun kebanyakan anak muda kita mempunyai semangat patriotik, mereka masih tidak memahami dan menghayati sepenuhnya erti sebenar kemerdekaan.

Bagi mereka hari kemerdekaan hanya merupakan satu lagi cuti am - di mana mereka berpeluang bersantai dan beriadah. Hanya segelintir sahaja yang benar-benar memahami maksud hari kemerdekaan ini. Oleh itu, lebih banyak usaha harus diambil untuk menerangkan dan menjadikan mereka lebih peka dan menghargai serta menghayati erti sebenar hari kemerdekaan.

Memastikan anak-anak kita menghormati dan mencintai bendera negara adalah penting demi untuk membina generasi rakyat Malaysia akan datang yang berteraskan semangat utuh patriotik dan kebanggaan nasional. Pada masa sama, saya juga perlu menegaskan mengibarkan Jalur Gemilang bukanlah hanya cara untuk meluahkan semangat patriotik seseorang. Patriotisme datang dalam pelbagai bentuk. Apabila kita bersuara demi mempertahankan negara di dalam konteks kepentingan negara, ia adalah satu tindakan yang patriotik. Apabila kita tidak melakukan perbuatan vandalisme ke atas harta benda awam atau membuang sampah di merata tempat ia boleh dilihat sebagai tindakan patriotik.

Rakyat Malaysia boleh mempamerkan semangat patriotik melalui kata-kata, pemikiran dan tindakan demi kepentingan dan pembangunan negara. Menjadi Patriotik juga bermakna menyumbang pandangan dalam bidang-bidang yang boleh membawa kebaikan kepada negara.

Walaupun hubungan antara kaum di negara ini memuaskan secara umumnya, kita tidak seharusnya mengambil mudah soal hubungan antara kaum dan keharmonian beragama. Perpaduan merupakan anugerah yang tidak ternilai dan simbol kepada kemanusiaan sejagat. Ia adalah asas kepada suatu perhubungan, kekeluargaan, masyarakat dan bangsa. Ia juga adalah ikatan yang erat dalam jati diri rakyat Malaysia.

Perpaduan seharusnya bermula dari pemikiran, emosi dan kelakuan seorang individu dan ini akan diterjemahkan melalui layanan dan khidmat yang diberikan kepada orang lain.

Kebanyakan orang mengambil mudah soal perpaduan. Perkembangan ini tidak sihat untuk sebuah negara yang berbilang kaum seperti Malaysia. Usaha berterusan harus digalas oleh seluruh rakyat demi memperkukuhkan perpaduan.

Marilah kita melibatkan seluruh rakyat Malaysia dalam membina perpaduan nasional. Kita harus bercakap dalam satu suara yang mewakili suara setiap kaum di Malaysia. Kita semua menyumbang ke arah kestabilan dan kemakmuran ekonomi negara ini.

Akhir kata, selamat menyambut kemerdekaan.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah