Ucapan salam

Survey

Take our Online Survey

Renung-renunglah setiap hari

kata-kata hikmah agama

PENTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung kerana telah sudi membaca artikel yang saya post di blog yang penuh dengan ilmu agama.

Saya akan post beberapa artikel bertemakan haji & umrah termasuklah ibadah sempena hari raya korban..... Selamat hari raya aidiladha.....
Di bawah ini merupakan artikel mengenainya:

Bahagian 1- Puasa hari Arafah
Bahagian 2-Pengenalan Hari Raya Aidiladha
Bahagian 3-Panduan melaksanakan solat sunat hari raya korban
Bahagian 4-Sembelihan korban bukan sekadar ibadah
Bahagian 5-Ucapan hari raya korban & nasihat

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

pengumuman

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 11 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 3 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja. Kunjungilah blog saya.

Tazkirah ramadhan

Artikel Hari Raya Aidilfitri

Blog lain

Blog lain

Peringatan!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.

Video kiamat lebih dahsyat tetapi realitinya ia adalah gambaran sebenar & lebih dahsyat(4x) daripada video itu...... Semoga kita menginsafi kehidupan.......





'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW)
Inilah anugerah yang saya dapat(top 100 ahli blog terbaik)....
Maka sebab itulah saya mahu pengunjung supaya datang ke blog saya yang penuh dengan informasi agama....



Carian pintas artikel agama anda

Peta Pengunjung

210

11 April 2013

bagaimana Islam mengatur kekosongan pemerintahan


Akhirnya Parlimen telah dibubarkan pada 3 April 2013 untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum (PRU) ke-13, setelah lebih 5 tahun berlalu dari pilihan raya umum sebelumnya. Hal ini mencatat sejarah tersendiri di Malaysia kerana tidak pernah terjadi sebelum ini. Bersamaan dengan pembubaran Parlimen ini, kebanyakan Dewan Undangan Negeri juga telah turut dibubarkan bagi tujuan mengadakan pilihan raya serentak di seluruh negara. PRU kali ini disifatkan oleh banyak pihak, khususnya oleh parti-parti yang bertanding sebagai PRU yang paling penting, paling getir dan paling mendebarkan. Parti pemerintah terpaksa berhempas pulas demi mempertahankan kekuasaan kerana sekiranya hilang kuasa, maka kemungkinan segala skandal, rasuah, penyelewengan, salah-laku, salah-tadbir, pembaziran dan segala macam keburukan akan lebih banyak terdedah dan mungkin sahaja mereka yang terlibat akan diheret ke mahkamah. Namun, apa yang lebih menakutkan bagi mereka ialah,kalah pilihan raya bermakna hilangnya jawatan, pangkat, kekayaan dan segala kuasa yang mereka miliki selama ini. Hilangnya kuasa bagi mereka yang sangat gilakannya, seolah-olah hilanglah dunia ini, kerana mereka hidup sememangnya untuk mencari dunia. Maka, tak hairanlah jika parti pemerintah akan mempertahankan Putrajaya ‘hingga ke titisan darah terakhir’.

Manakala bagi pembangkang pula, inilah saat yang paling dinanti-nanti selama ini. Penantian selama lebih lima tahun merupakan satu penyeksaan yang amat berat bagi mereka. Hasrat berkobar-kobar untuk ke Putrajaya sudah tidak dapat dibendung. Dengan segala kepincangan yang dilakukan oleh kerajaan sepanjang lima tahun lepas, pembangkang merasakan bahawa mereka berada di puncak kekuatan dalam menghadapi PRU kali ini. Apatah lagi dengan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat setiap kali pembangkang mengadakan demonstrasi dan perhimpunan, maka tidak hairanlah jika pembangkang merasakan perjalanan mereka ke Putrajaya kali ini cukup selesa walaupun mencabar.Namun demikian, bagi umat Islam yang mengambil berat urusan saudara-saudara mereka, kesedihan dan kepiluan sekali lagi menusuk ke kalbu menyaksikan perbalahan dan ‘peperangan’ yang bakal tercetus dalam PRU kali ini, malah kali ini mungkin jauh lebih hebat dari PRU-PRU sebelumnya, apatah lagi melihat kepada budaya samseng yang semakin menular. Saat inilah api permusuhan, dendam, fitnah, kebencian dan segala bentuk api kejahatan akan marak membakar, khususnya di kalangan pihak-pihak yang bertanding dan penyokong-penyokong mereka. Kita tidak dapat nafikan hakikat bahawa tatkala pihak-pihak yang bertanding dan para penyokong mereka sibuk berpesta demokrasi, syaitan juga turut sibuk berpesta dan tidak putus-putus membisik dan menyucuk-nyucuk ke dalam kalbu setiap orang agar memusuhi dan membenci saudara seagamanya, agar menghentam satu sama lain, memfitnah, memaki-hamun dan mungkin sampai ke tahap mencederakan satu sama lain. Kesemuanya demi merebut kerusi untuk memastikan takhta pemerintahan menjadi milik mereka. Inilah demokrasi.

Demokrasi vs Islam

Setelah Parlimen dan Dewan Undangan Negeri terbubar, satu perkara yang menjadi isu sebelum terbentuknya kerajaan yang akan datang (selepas PRU) adalah,siapakah pemerintah dan apakah bidang kuasanya di sepanjang “tempoh kekosongan” pemerintahan ini? Pelbagai hujah berlawanan yang dikemukakan oleh kerajaan mahupun pembangkang dan juga pakar undang-undang dalam hal ini. Ringkasnya, apa hujahnya sekalipun, amalan yang dilaksanakan di Malaysia dan disepakati ramai adalah wujudnya“caretaker government” (kerajaan sementara) yang mentadbir di sepanjang tempoh pembubaran Parlimen ini sehinggalah kepada terbentuknya kerajaan yang baru. Inilah yang diterima umum, baik oleh kerajaan, pembangkang mahupun rakyat. Siapakah caretaker government ini? Ia adalah kerajaan (badan Eksekutif – Perdana Menteri dan menteri-menteri kabinet) yang sedia ada termasuk kakitangan awam di bawah mereka. Apakah bidang kuasa mereka? Mereka mempunyai bidang kuasa untuk mentadbir urusan seharian negara tetapi tidak lagi mempunyai bidang kuasa Legislatif.

Banyak lagi perbincangan tentang caretakergovernment dan bidang kuasanya, yang tidak perlu dijelaskan di sini kerana apa yang ingin ditekankan ialah keanehan sikap sebahagian besar umat Islam, termasuklah parti Islam yang bertanding dalam pilihan raya demokrasi di Malaysia ini yang tidak mempedulikan dari manakah asalnya caretaker government ini dan apakah ia sah menurut pandangan syarak? Umum mengetahui bahawa sebagai anak didik penjajah, kerajaan Malaysia mewarisi dan mengikuti sistem pemerintahan dari United Kingdom (UK) dan dari segi demokrasi berparlimen, sistem Westminster UK menjadi tiruan dan amalan di Malaysia. Begitulah juga dengan amalan caretaker government yang turut diambil dari negara kafir penjajah itu. Di Britain, kali pertama caretaker governmentini berlaku adalah pada tahun 1945 tatkala kerajaan campuran konservatif-buruh pimpinan Sir Winston Churchill terpecah ketika parti buruh menarik diri. Akibatnya Churchill telah meletak jawatan. Sebuah kerajaan sementara (caretaker government) telah ditubuhkan oleh Raja Britain ketika Britain menjalankan proses pilihanraya. Parti buruh yang diketuai oleh Clement Atlee telah kemudiannya memenangi pilihanraya tersebut dan membentuk kerajaan.

Demokrasi sebagai sebuah sistem yang datangnya dari kafir Barat, ternyata berbeza dan bertentangan dengan Islam dari segenap aspek. Apabila berbicara tentang sistem Parlimen, umat Islam hendaklah memahami dari asasnya bahawa tidak ada Parlimen dan tidak ada konsep pembubaran Parlimen dalam Islam!Memang benar adanya Majlis Umat (Majlis Syura) dalam Islam, tetapi fungsinya bukan sebagaimana fungsi Parlimen dalam sistem demokrasi. Pemerintah dalam Islam ialah Khalifah dan Khalifah boleh memerintah selama mana tidak tercabut darinya sebab-sebab yang syari’e yang menyebabkan jawatannya gugur. Di dalam Islam juga, tidak ada konsep Khilafah terbubar dengan sendiri setelah cukup/tamat tempoh pemerintahannya. Tidak ada tempoh tertentu bagi jawatan Khalifah. Kekosongan pemerintahan (keKhilafahan) hanya boleh terjadi apabila Khalifah meninggal, meletak jawatan, murtad, menjadi fasik, menukar jantina, menjadi tawanan musuh sehingga tidak ada jalan melepaskan diri atau hilang kemampuan atas sebab-sebab tertentu. Selama mana Khalifah masih memenuhi tujuh syarat keKhalifahan dan selama mana dia memerintah dengan Kitabullah dan Sunnah RasulNya, maka selama itulah dia kekal memerintah dan umat wajib mentaatinya serta umat tidak berhak untuk mencabut pemerintahannya. Umat hanya memiliki hak untuk melantik dan membai’at Khalifah tetapi tidak mempunyai hak secara syari’e untuk memecat Khalifah.

Sekiranya berlaku kekosongan dalam jawatan Khalifah oleh sebab-sebab di atas, Islam telah menetapkan cara untuk menangani perkara ini yang diistidlal (berdasarkan dalil-dalil) dari Ijmak Sahabat. Dari segi tempoh waktu, sahabat telah berijmak (bersepakat) bahawa tidak boleh ada kekosongan jawatan Khalifah lebih dari 3 hari dan sekiranya ini berlaku, maka keseluruhan umat Islam berdosa kecuali mereka yang sibuk dalam usaha untuk melantik Khalifah. Manakala dalam sistem demokrasi di Malaysia, tempoh waktu kosong dari adanya seorang ketua negara dibenarkan sehingga 60 hari. Hal ini amat nyata bertentangan dengan Islam. Manakala apabila berlaku kekosongan pemerintahan dalam Islam, maka wajib dilantik al-amir al-muaqqat (amir sementara) untuk mengurusi urusan kaum Muslimin sehinggalah dibai’ahnya seorang Khalifah yang baru dalam masa yang tidak boleh melebihi 3 hari. Islam tidak mengenal istilah caretaker government dan konsep ini tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana bertentangan dengan nas.

Dalil Pengangkatan Amir Sementara

Dalil berhubung pelantikan atau pengangkatan al-amir al-muaqqat (amir sementara) ini adalah didasarkan pada tindakan Khalifah Umar al-Khattab ra yang melantik Suhaib untukmengurusi proses pengangkatan Khalifah yang baru di saat Umar sakit tenatakibat ditikam. Tindakan Umar ra ini disaksikan oleh para sahabat - semoga Allah meredhai mereka semua - dan tidak seorang pun dari mereka yang mengingkarinya. Dengan demikian, mereka telah berijmak (bersepakat) atas hal ini atau dengan kata lain, hal ini telah menjadi Ijmak Sahabat. Umar ra berkata kepada keenam-enam calon yang dilantiknya untuk menjadi Khalifah, “Apabila aku meninggal, bermesyuaratlah kalian selama tiga hari. Hendaknya Suhaib yang mengimami solat orang ramai sehingga tidaklah masuk hari keempat, kecuali kalian wajib sudah memiliki seorang amir (Khalifah)”. Kemudian Umar ra berkata kepada Suhaib ra, “Pimpinlah solat orang ramai selama tiga hari…jika lima orang telah bersepakat dan meredhai seorang (untuk menjadi Khalifah), lalu ada seorang yang menolak, maka penggallahleher orang yang menolak itu dengan pedang” [Ath-Thabari, Tarikh al-Umam wa al-Muluk, II/581].
   
Begitulah tegasnya kewajipan melantik seorang Khalifah dalam masa yang tidak boleh melebihi 3 hari sehingga Umar memerintahkan agar dibunuh sahabat yang tidak bersetuju selepas berlalunya 3 hari. Umar telah melantik Suhaibsebagai amir bagi mereka bahkan Suhaibtelah dilantik sebagai pemimpin solat. Kepemimpinan solat itu maksudnya adalah kepemimpinan ke atas masyarakat. Pelantikan Suhaib sebagai amir sementara amat jelas dari solahiyyah (bidang kuasa)yang diberikan oleh Umar kepada beliau untuk menjalankan uqubat (hukuman) iaitu “penggallah leher orang yang menolak” sementara tidak ada yang boleh melaksanakan hukuman bunuh itu kecuali seorang amir.

Apa yang dilakukan oleh Umar ra ini benar-benar terjadi dan disaksikan oleh para sahabat tanpa ada seorang pun yang mengingkarinya. Dengan demikian, mereka telah berijmakbahawa Khalifah memiliki hak untuk melantik amir sementara yang akan mengurusi proses pengangkatan Khalifah yang baru. Atas dasar itu juga, Khalifah, semasa hidupnya memiliki hak untuk mentabanni(menetapkan) fasal yang menetapkan bahawa jika Khalifah meninggal dan belum melantik amir sementara untuk mengurus proses pengangkatan Khalifah yang baru, maka hendaklah ada salah seorang yang menjadi amir sementara (Muqaddimah ad-Dustur, HizbutTahrir, hlm. 136-137; AjhizahDaulah al-Khilafah, HizbutTahrir, hlm. 29-31).

Amir sementara berbeza dengan orang yang dilantik oleh Khalifah untuk mewakili Khalifah ketika beliau keluar untuk melakukan jihad atau keluar melakukan safar (perjalanan). Hal ini sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW setiap kali baginda keluar untuk berjihad atau seperti ketika baginda melaksanakan Haji Wada’ atau seumpamanya. Orang yang diangkat dalam keadaan ini, bidang kuasanya bukan untuk mengurus pelantikan Khalifah lain tetapi hanya terbatassetakat apa yang ditentukan oleh Khalifah yang melantiknya, dalam menjalankan ri’ayahasy-syu’un (pengaturan pelbagai urusan) [Muqaddimah ad-Dustur, hlm. 136-137; AjhizahDaulah al-Khilafah, hlm. 29-31]. Jawatan amir sementara berakhir apabila sempurnanya pengangkatan Khalifah yang baru. Ini kerana tugasnya memang hanya untuk sementara waktu yakni sementara sempurnanya perjalanan proses pengangkatan Khalifah yang baru tersebut.

Tatacara Pelantikan Dan Bidang Kuasa Amir Sementara

Berdasarkan penjelasan di atas, orang yang menjadi amir sementara adalah orang yang dilantik oleh Khalifah ketika Khalifah merasa bahawa hidupnya sudah tidak lama lagi, seperti yang dilakukan oleh Umar al-Khattabra.HizbutTahrir telah menjelaskan perkara ini secara terperinci di dalam kitabMuqaddimah Dustur Au Asbab al-Mujibah Lahu, Fasal 33 tentang penetapan amir sementara dan bidang kuasanya, seperti berikut:-

Amir sementara (al-amir al-muaqqat) dilantik untuk menangani urusan kaum Muslimin dan melaksanakan proses pengangkatan Khalifah yang baru setelah kosongnya jawatan Khalifah melalui cara-cara berikut:-

(a) Khalifah sebelumnya, ketika merasa ajalnya sudah dekat atau bertekad untuk mengundurkan diri (meletak jawatan), dia memiliki hak untuk menunjukkan atau melantik amir sementara;

(b) Jika Khalifah meninggal dunia atau diberhentikan sebelum terlantiknya amir sementara, atau jika kosongnya jawatan Khalifah bukan kerana meninggal atau diberhentikan, maka Mu’awin at-Tafwidh(pembantu Khalifah dalam bidang pemerintahan) yang paling tua usianya, menjadi amir sementara, kecuali jika dia ingin mencalonkan dirinya untuk jawatan Khalifah, maka yang menjawat amir sementara adalah Mu’awin at-Tafwidh yang lebih muda dan begitulah seterusnya;

(c) Jika semua Mu’awin at-Tafwidh ingin mencalonkan diri masing-masing, maka Mu’awin at-Tanfidz (pembantu Khalifah dalam bidang pentadbiran) yang paling tua usianya menjadi amir sementara. Sekiranya dia ingin mencalonkan diri, maka yang lebih muda berikutnya menjadi amir sementara dan demikianlah seterusnya;

(d) Jika semua Mu’awin at-Tanfidz ingin mencalonkan diri untuk jawatan Khalifah, maka amir sementara dibatasi pada Mu’awin at-Tanfidz yang paling muda usianya;

(e) Amir sementara tidak memiliki bidang kuasa untuk mentabanni (menetapkan) hukum; dan

(f) Amir sementara menggunakan seluruh keupayaan yang dimilikinya untuk melaksanakan secara penuh proses pengangkatan Khalifah yang baru dalam tempoh tiga hari. Tidak boleh diperpanjang waktunya kecuali kerana sebab yang memaksa dan itu pun dilakukan atas persetujuan Mahkamah Mazhalim.
   
Sebagaimana yang telah disebutkan dalam Fasal 33 (f) di atas, bidang kuasa amir sementara itu amat jelas, iaitu menjaga urusan kaum Muslimin khususnya di sepanjang proses pengangkatan Khalifah yang baru, agar proses itu berjalan dengan sempurna dan menepati tempoh yang ditetapkan iaitu selama 3 hari dan tidak boleh melebihi 3 malamnya. Oleh yang demikian, terkait dengan persoalan ini, amir sementara tidak boleh mentabanni(mengadopsi) suatu hukum, sebab pentabannian hukum itu adalah sebahagian dari bidang kuasa Khalifah yang dibai’at oleh umat. Selain itu, alasan ketidakbolehan amir sementara mentabanni suatu hukum adalah kerana sifat bidang kuasanya yang sementara dan dibatasi oleh waktu. Dalam pada itu, amir sementara juga tidak boleh mencalonkan diri untuk jawatan Khalifah atau mendukung salah seorang calon yang ada. Ini adalah kerana, Umar al-Khattab ra telah menunjukkan amir sementara itu dari selain orang yang dicalonkan untuk menduduki jawatan Khalifah [Muqaddimah ad-Dustur, hlm. 136; AjhizahDaulah al-Khilafah, hlm. 30].
   
Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Fikirkanlah dengan hati yang penuh keimanan dan ketakwaan yang ingin melihat agama Allah diamalkan oleh setiap Muslim yang merupakan saudaranya, sudah berapa jauh sistem dan undang-undang negara ini dari Islam. Berapa lama lagikah kalian ingin bergelumang dalam sistem demokrasi yang bertentangan dengan Islam ini? Kita sememangnya inginkan perubahan dan ingin keluar dari segala kejahatan sistem dan pemerintah yang ada, namun persoalannya, apakah jalan perubahan yang kita ambil sekarang ini bertepatan dengan jalan perubahan yang ditunjukkan oleh Rasulullah melalui Sunnahnya atau bertepatan dengan jalan perubahan yang ditunjukkan oleh Lord Reid melalui ‘kitab’nya yang menjadi pegangan teguh di Malaysia? Allah SWT bertanya, “Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?”[TMQ al-Mai'dah (5):50].

Wahai umat Islam Syria, Amerika Syarikat menyiapkan kerajaan peralihan yang beracun!!!!!!


Mac 2013 menandakan genap dua tahun kebangkitan umat Islam di Syam untuk menumbangkan rejim Bashar al-Assad. Sepanjang dua tahun, dunia menyaksikan kekejaman Bashar menyembelih rakyatnya sendiri tanpa rasa belas kasihan sedikit pun. Sepanjang dua tahun, tidak ada seorang pun pemerintah kaum Muslimin dari dunia Islam yang menghulurkan bantuan ke atas warga Syam. Malah sebaliknya, beberapa pemimpin negara umat Islam bersekongkol dengan kuasa penjahat kuffar, Amerika Syarikat dan Eropah di dalam perancangan mereka untuk terus menguasai Syam. Sepanjang dua tahun juga, perjuangan para revolusioner semakin menghampiri kemenangan dengan izin Allah, manakala rejim Bashar pula sudah semakin menghampiri ajalnya. Amerika yang selama ini mendidik dan menjaga Bashar sudah tidak senang duduk. Sebagai ketua kejahatan dunia, Amerika Syarikat semakin menggelupur kerana hingga kini usahanya untuk melantik ejen baru yang boleh diterima oleh warga Syam masih belum membuahkan hasil. Sekiranya Amerika gagal, ia tahu dengan persis bahawa kegagalannya akan pasti membawa padah kepada dirinya sendiri, khususnya apabila para pejuang Syam berjaya mengambil alih pemerintahan dan seterusnya menegakkan Khilafah di bumi yang mulia itu.

Tatkala ini berlaku (berdirinya Khilafah), Amerika sudah tentu faham bahawa ajalnya sudah semakin dekat dan tidak ada apa lagi yang dapat menyelamatkannya. Justeru, dalam usaha meneruskan dominasi dan kehidupannya, Amerika tetap juga berusaha melantik ejennya yang baru untuk menggantikan Bashar yang sudah tidak lagi berguna. AS berharap agar ejennya yang dilantik di luar Syam ini dapat diterima oleh warga Syam khususnya dan dunia amnya. Sehubungan dengan ini, HizbutTahrir mengingatkan kaum Muslimin amnya dan warga Syam khususnya akan perancangan jahat Amerika ini dan mendoakan agar para pejuang di jalan Allah di Syam tetap istiqamah di jalan kebenaran. HizbutTahrir seterusnya menyeru agar para pejuang yang benar lagi ikhlas ini memberikan nusrah (bantuan kekuasaan) kepada Hizbuntuk mendirikan Khilafah dan berdoa kepada Allah agar memberikan kemenangan kepada umat Islam. Berikut adalah risalah dari Amir HizbutTahrir, Syeikh Atha’ Abu Rasytah, kepada warga Syam, yang diterjemah dan disunting dari Bahasa Arab, untuk tatapan kita bersama.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bismillahirrahmanirrahim

Wahai Warga Syam! Amerika Sedang Menyiapkan Kerajaan Peralihan Yang Beracun,
Oleh Itu JanganlahKalian Terima Situasiini di Negeri Kalian..
Amerika Juga Sedang Meningkatkan Pembantaian Ke Atas Kalian Agar Kalian Menerima Perancangan Ini..
Maka Balaslah Tipu Daya Mereka Dan Tolonglah (Agama) Allah, Nescaya Allah Akan Menolong Kalian Dan Meneguhkan Kedudukan Kalian

Sesungguhnya subuh itu hadir dengan jelas bagi orang yang memiliki sepasang mata. Apa yang dahulunyatersembunyi, sekarang sudah terang-benderang…Amerika, pada tanggal 13/3/2013 melalui Menteri Luarnya, John Kerry, telah menuntut pembangkang agar berdialog dengan diktator Bashar untuk membentuk kerajaan peralihan! Amerika bekerja cukup keras dan bersungguh-sungguh membentuk kerajaan peralihan dari boneka-bonekanya di luar negeri dan dari dalam rejim, dengan fatwa bahawa tangan-tangan boneka ini tidak pernah berlumuran darah, cuma hanya terkena percikannya sahaja! Hal itu dilakukan agar kerajaan peralihanakan membentuk republik sekular seperti sebelumnya yang disertai dengan “sentuhan baru” sesuai tuntutan keadaan! Maka mereka berkumpul di Kaherah dan di Istanbul secara rahsia dan terbuka, lalu berdialog dan menunda…berdialog dan menunda…

Amerika faham bahawa masalahnya bukanlah masalah pembentukan kerajaan peralihan. Bukanlah suatu yang sulit bagi Amerika untuk mengumpulkan boneka-bonekanya yang boleh memenuhi “beg” pemerintahan, tetapi masalahnya ialah bagaimana agar mereka (boneka-boneka ini) boleh berdiri tegak atau diterima di bumi Syam. Amerika faham bahawapara revolusioner di Syam adalah kaum Muslimin yang memiliki emosi, baik yang pemikirannya mendalam dan cemerlang mahupuntidak. Warga Syam melihat boneka-boneka Amerika di luar negeri dan mendengar mereka menyerukan negara sivil republik sekular. Padahal sistem inilah yang menghasilkan “Bashar” dan yang lainnya, lalu bagaimana mungkin mereka akan menerima kelompok orang yang menyerukan sistem itu? Masyarakat telah merasakan banyak kepahitan dari rejim-rejim diktator ini. Rejim-rejim inilah yang telah membuat kehidupan mereka diliputi “kegelapan” yang tidak putus-putus…Sungguh masyarakat menginginkan Islam yang terpancar dari akidah mereka. Dengan itulah mereka akan meraih kebahagiaan dan kemuliaan.

Bukan suatu yang rahsia dan tersembunyi bahawa Barat dengan Amerika sebagai pemimpinnya, sudah menggigil gementar kerana(takutkan) Islam dan hukum-hukumnya. Barat menginginkan sistem sekular untuk Syria yang dipimpin oleh pengganti Bashar yang kurang sedikit noda hitam di wajahnya dan kurang sedikit kejamnya, serta kurang menipu dan menyesatkan masyarakat! Namun, dilema sedang mengepung Amerika dari pelbagai sudut. Masyarakat di dalam negeri (Syam) tidak menerima boneka-boneka Amerika (yang dilantik) di luar negeri, lalu bagaimana mungkin mereka boleh menerima boneka-bonekanyadari dalam rejim itu sendiri?! Pengganti Bashar, betapa jauh sekalipun tangan dan lisannyauntuk mencapai tujuan, tidak akan mampu memerintah Syam dan hanya mampu mencengkam Syam dari bahagian luarnya sahaja. Kerajaan peralihan yang tidak mendapat persetujuan dari dalam Syam tidak akan mampu untuk menjalankan peranan yang Amerika mahukan, kecuali sekiranya ia dilindungi oleh kekuatan internasional yang mendampinginya. Perkara ini telah lama diketahui namun ia masih belum terealisasi, tetapi kini implikasinya sudah mula kelihatan.

Dahulu Amerika beranggapan - dan anggapan Amerika akan berbalik kepadanya dengan izin Allah-bahawa kekerasan dan kehancuran boleh membuatkanpara revolusioner di bumi Syam, pusat Darul Islam, menerima boneka-boneka mereka dengan lapang dada atau bahkan dengan tangan terbuka!...Begitulah, Amerika membekalkan rejim diktator “Bashar” dengan kehidupan, harta dan senjata, melalui barisan hadapannya, Rusia dan rejim di Iran, para bodyguarddan para pengikutnya; dan melalui barisan belakangnya, rejim-rejim di Turki, Iraq dan Lebanon dan termasuk di dalamnya rejimMesir! Sebahagian orang merasa aneh dan tertanya-tanya, kenapa Rusia dan rejim di Iran merupakan barisanhadapan, sedangkan rejim-rejim di Turki, Iraq dan Lebanon dan termasuk di dalamnya rejimMesirberadadi barisan belakang? Namun, siapa sahaja yang memerhatikan fakta dan situasi ini dengan mendalam, hal itu sudah cukup menjadi jawapan yang rinci dari pertanyaan tersebut! Eropah dan para pengikutnya pula, khususnya Qatar, berjalan di sisi barisanhadapan dan barisan belakang, menunggu-nunggupintu untuk masuk dan mendapatkan bahagian…jika ini memungkinkan!

Wahai para revolusioner di bumi Syam pusat Darul Islam! Itulah tipudaya kaum kafir imperialis, kaki tangan dan para pengikut mereka. Tipudaya mereka dengan izin Allah akan gagal. Menggagalkan tipu daya mereka dan mengalahkan mereka, merupakan perkara yang sungguh mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah, iaitu orang yang memahami ayat-ayat Allah yang muhkam, memahami dan yakin dengansirah RasulNyaSAWdan dengan jiwa dan raganya mengimani firman Allah SWT,

“Jika kalian menolong (agama) Allah nescaya Allah akan menolong kalian dan meneguhkan kedudukan kalian”[TMQ Muhammad (47):7].

Namun pertanyaannya adalah, bagaimanakah kita menolong (agama) Allah SWT?Dengan menyeru kepada pemerintahan sivil demokratik republik sekular dan pengibaran panji Sykes-Picot yang disebut sebagai bendera kemerdekaan, untuk menyenangkan Barat umumnya dan Amerika khususnya, adakah ini menolong (agama) Allah SWT? Keengganan menyerukan al-Khilafah, tidak mengibarkan panji al-Uqab, panji Rasulullah SAW, panji Lailahaillallah Muhammad Rasulullahdengan dalih takut memprovokasi dan membuatkan Barat marah, adakah ini menolong (agama) Allah SWT? Meminta bantuan kafir imperialis Barat, bantuan senjata dan harta serta setia kepada negara-negara yang memerangi kaum Muslimin, adakah ini menolong (agama) Allah SWT? Mengatakan ada tahapan dalam penerapan hukum, sehingga arak dihalalkan setahun dan diharamkan setahun, hudud dibiarkan (tidak dilaksanakan) bertahun-tahun, Allah diperangi dengan tersebarnya riba dalam sistem perbankan dan kehidupan perekonomian, adakah ini menolong (agama) Allah SWT? Pengorbanan nyawa dan harta untuk mengganti seorang ejen dengan ejen yang laintanpa mencabut rejim dari akarnya dan tanpa menegakkan al-Khilafah, adakah ini menolong (agama) Allah SWT?

Sungguh, semua ini bukan menolong (agama) Allah SWT. Kerana itulah,pertolongan dari sisi Allah tidak sampai-sampai dan itulah akibat buruk usaha tangan-tangan manusia dan bukannya janji Allah yang luput. Sesungguhnya janji Allah adalah hak dan benar,

“Dan siapakah orang yang lebih benar perkataan(nya) daripada Allah” [TMQS an-Nisa’ (4):87].

Maka,tolonglah (agama) Allah dengan apa yang Dia cintai. Saat itulah kekuatan kaum kafir imperialis dan ejen-ejen mereka akan kecil di hadapan kalian. Besarnya kekuatan persenjataan mereka tidak akan membahayakan kalian. Hati mereka bergetar dan takut. Tipu daya dan makar mereka tidak akan membahayakan kalian. Di sisi Allah-lah makar mereka akan hancur, meski pun makar mereka mampu melenyapkan gunung-gunung.

Wahai para revolusioner yang benar! Sungguh pemimpin itu tidak akan membohongi warganya dan sungguh HizbutTahrir menyeru kalian untuk menolong (agama) Allah dengan benar sehingga Allah menolong kalian dengan hak. Tolonglah (agama) Allah SWTdalam kesatuan dan keteguhan kalian berpegang kepada tali agama Allah seluruhnya, di belakang satu kepemimpinan yang ikhlas, percaya kepada Allah dalam kejernihan dan kemurnian dalam semua amal yang dilakukannya, kepemimpinan yang memurnikan amalnya hanya untuk Allah sahaja. Allah SWT tidak menerima amal yang di dalamnya Dia disekutukan dengan yang lain. Dari Abu Hurairah ra dari Nabi SAW, baginda bersabda,

“Allah SWT berfirman, ‘Aku tidak perlu sekutu, siapa sahaja yang menyekutukan Aku,maka untuknyalah(akibatkesyirikannya) sedikit mahupun banyak”[HR Abu Daud dan ath-Thayalisi di dalam Musnadnya].

Tolonglah (agama) Allah SWT dengan tidak menyenangkan manusia dengan kemurkaanNya. Maka janganlahkalian menyenangkan Amerika dengan mengumumkan negara demokrasi sekular. Janganlah kalian menyenangkan Amerika dengan memalingkan muka dari al-Khilafah, keranatakut memprovokasi Amerika dan Barat, takut membuatkan mereka marah. Sebaliknya biarlah mereka mati dengan kemarahan mereka. Sesungguhnya menyenangkan manusia dengan kemurkaan Allah akan mengakibatkan kehinaan dan kerendahan. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan dari Ibn al-Ja’du dalam Musnadnya dari Aisyah ra,

“Siapa yang menyebabkan keredhaan manusia dengan (menyebabkan) kemurkaan Allah, maka Allah akan mewakilkan dia kepada manusia. Sebaliknya siapa yang menyebabkan kemarahan manusia dengan keredhaan Allah, maka Allah mencukupkannya dari manusia.”

Tolonglah (agama) Allah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa dengan tekad untuk menegakkan Daulah yang satu iaitu al-Khilafah ar-Rasyidah, untuk menerapkan syariat Allah dalam hal kecil dan besar, dalam masalah muamalah, uqubat, hudud, jihad dan ibadah. Allah SWT berfirman,

“Dan dirikanlah solat”[TMQ al-Baqarah (2):43].

Allah juga berfirman,

“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah”[TMQ al-Maidah (5):49].

Sesungguhnya ketaatan kepada Allah itu tidak boleh berbelah-bahagi, melainkan wajibsecara utuh melaksanakan kesemua perintahNyamenurut konteksnya sejak permulaan ayat diturunkan lagi. Begitulah yang dilakukan oleh Rasul SAW, teladan kita, di mana baginda menerapkan hukum secara langsung saat turunnya hukum tersebut. Begitu pulalah yang dilakukan olehKhulafa’ ar-Rasyidun di mana mereka menerapkan hukum-hukum Allah ketika membebaskan setiap wilayah tanpa memilih-milih hukum untuk diterapkan dan tanpa menerapkan hukum dengan cara bertahap.

Wahai para revolusioner! Tolonglah (agama) Allah SWTdalam memberikan nusrah (pertolongan untuk mendapatkan kekuasaan)kepada HizbutTahrir. HizbutTahrir dengan izin Allah mampu menegakkan al-Khilafah menurut apa yang seharusnya dan mampu menerapkan hukum-hukum Allah sesuai dengan rancangan(Perlembagaan) yang telah disiapkan oleh Hizb yang diistinbath(digali) dari Islam semata-mata dan tidak ada sedikit pun dari yang lain. Hizb memiliki keprihatinan yang tinggi dalam hal kesedaran politik, yang dengan pertolongan Allah, akan mampu menggagalkan makar-makar kaum kafir imperialis dan akan menyebabkan mereka sibuk dengan diri mereka sendiri sehinggalah terjadi pembebasan yang nyata (bagi umat Islam).

Wahai para revolusioner di bumi Syam! Di depan kalian tidak ada jalan ketiga. Jika kalian berjanji untuk menolong (agama) Allah dan bersumpah di hadapanNya untuk tetap teguh di atas kebenaran yang agung, maka kalian akan bahagia di dunia dan akhirat. Negara-negara imperialis kafir akan kalah dan ejen-ejen pengkhianat akan terkubur. Darah suci yang ditumpahkan dan pengorbanan agung yang dicurahkan akan menyebut kalian dengan kebaikan…Adapun jika kalian tidak melakukannya dan kalian menerima boneka Amerika, kerajaan peralihan yang akan membentuk negara republik sekular sivil demokrasi, maka darah-darah kalian akan mengadukan kalian kepada Penciptanya dan kalian akan menjadi

“…seperti seorang perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat, menjadi tercerai berai kembali”[TMQ an-Nahl [16]:92)!

Sungguh kami berharap kalian tidak menjadi seperti itu dan Allah melindungi orang-orang yang soleh,

“Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai hati atau yang menggunakan pendengarannya, sedangkan dia menyaksikannya”[TMQ Qaf (50):37].

Ingatlah, bukankah kami telah menyampaikan? Ya Allah saksikanlah. Ingatlah, bukankah kami telah menyampaikan? Ya Allah saksikanlah. Ingatlah, bukankah kami telah menyampaikan? Ya Allah saksikanlah.

Akujanji mana yang mesti ditunaikan?


Manifesto Barisan Nasional (BN) bukan hanya sekadar manifesto, tetapi satu dokumen "aku janji" kepada rakyat, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya nak kata bukan manifesto, tetapi akujanji kepada rakyat Malaysia," kata Pengerusi BN ketika berucap dalam perhimpunan “Janji 1Malaysia Rakyat Didahulukan” semasa pelancaran manifesto BN bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) di Stadium Putra Bukit Jalil baru-baru ini.

Ketika membentangkan manifesto BN yang bertajuk 'Menepati Janji Membawa Harapan', Pengerusi BN itu sempat memperlekehkan manifesto pembangkang yang disifatkannya sebagai manifesto yang fantasi dan khayalan. Dalam keadaan yang terdesak, Najib merayu para pengundi untuk kali yang ke-13 untuk terus memberikan mandat kepadanya dan BN dengan berkata, "Namun, saya dengan perasaan penuh rendah diri, jika inti pati kebolehpercayaan rakyat itu kepada saya, maka sokonglah dan undilah BN.”

Dalam mengakhiri ucapannya, Najib cuba meletakkan kebimbangan dalam hati rakyat bahawa satu undi yang diberikan kepada pembangkang merupakan satu undi kepada masa depan yang tidak menentu, gelap, penuh kepalsuan dan undi kepada manifesto yang bersifat khayalan serta fantasi.

Seperti biasa, semua parti politik dalam mana-mana negara sekular sentiasa meletakkan janji-janji semasa pilihanraya untuk memenangi hati para pengundi. Janji-janji ini boleh jadi ditepati atau dikhianati mengikut kemahuan parti-parti yang menang dan memerintah itu kemudian. Inilah lumrah perkara yang terjadi sehinggakan para pengundi sudah lali dan tuli dengan standard rendah para politikus yang bertanding. Para pengundi pada hari ini hanya mempunyai dua pilihan iaitu sama ada tidak mengambil tahu apa yang terkandung dalam janji manifesto yang dibentangkan serta memangkah sesuka hati atau memilih parti yang dirasakan kurang risiko dalam mengkhianati janji-janji mereka.

Para pengundi yang sudah terbiasa dengan standard rendah sistem kufur demokrasi ini sehingga kini masih sukar untuk berfikir di luar kotak, jauh sekali untuk berfikiran jernih dengan merenung sejenak apakah tujuan dia pergi mengundi? Disebabkan tiadanya kesedaran untuk berfikir secara mendalam dan jernih, mereka saban penggal pilihanraya sentiasa tertipu dengan isu-isu yang hanya dibangkitkan oleh parti pemerintah dan pembangkang seperti status keselesaan hidup, perumahan, peluang pekerjaan, saling menjatuhkan moral lawan, emansipansi, pluralisme, ‘keadilan’, pertumbuhan ekonomi dan keperluan-keperluan lain yang memenuhi perut semata-mata. Rakyat akan terbawa-bawa termasuklah parti dan gerakan Islam untuk terperangkap dengan permainan isu yang bukan merupakan isu utama.

Para calon yang bertanding dan para pengundi sebenarnya telah lupa kepada akujanji mereka di alam roh bahawa mereka sebenarnya adalah hamba dan Allah adalah Tuhan mereka. Mereka lupa bahawa dahulunya di alam roh mereka telah bersaksi bahawa Allah adalah satu-satunya Tuhan mereka.

"Dan ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) daripada (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?". Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". [TMQ Al-A’raaf (7):172]

Tetapi sebaliknya, setelah dilahirkan di muka bumi ini, mereka telah lupa tentang perkara ini. Mereka akhirnya mengambil hawa nafsu mereka sebagai Tuhan dalam membuat keputusan dan mengatur urusan hidup seperti mengambil sistem demokrasi, sistem beraja dan lain-lain. Mereka dengan sewenang-wenangnya membuat hukum-hakam sesuka hati mereka sehinggakan hukum Tuhan pun dijadikan objek pembahasan dan pertikaian di dalam Parlimen, sama ada ia sesuai untuk diterapkan ataupun tidak. Jika akujanji yang telah dibuat kepada Tuhan pun sudah dilupakan, apatah lagi lebih mudah untuk mengkhianati akujanji yang dibuat kepada hamba-hamba Tuhan. Na'zubillahi min dzalik.

Hudud Adalah Jalan Penyelesaian Bagi Rompakan


Semakin hari semakin berleluasa kejadian rompakan yang berlaku di Malaysia. Pada Mac yang lalu, sebuah perniagaan barang kemas di Kota Bharu dirompak oleh beberapa perompak dengan hanya membuka dinding papan lapis dan menahannya menggunakan penyapu buruk serta berjaya memasuki premis tersebut yang menjual berlian dan batu permata lalu melarikan kesemua barang-barang berharga tersebut yang dianggarkan bernilai hampir RM1.5 juta. Di Muar, sekumpulan lima penjenayah mengambil masa hanya empat minit untuk melarikan barang kemas bernilai kira-kira RM10,000 dalam satu rompakan di sebuah kedai emas di Pekan Bukit Pasir dalam bulan yang sama. Di Kulim, empat lelaki bersenjatakan pistol dan tukul besi melarikan barangan kemas bernilai ratusan ribu ringgit setelah merompak sebuah kedai emas di Jalan Tunku Adibah. Kejadian rompakan terbaru pula adalah di Jalan Dato Syeikh Ahmad, apabila sebuah syarikat pengiriman wang kerugian RM300,000 selepas dirompak oleh empat lelaki yang bersenjatakan parang dan pistol.


Beberapa kes yang disebutkan di atas hanyalah sebahagian kecil kes yang dilaporkan berbanding deretan senarai kejadian rompakan yang tidak dilaporkan oleh media massa yang berlaku saban hari. Sesungguhnya ideologi sekular melalui sistem demokrasi yang diterapkan pada saat ini merupakan sebab utama meningkatnya kejadian jenayah di dalam kehidupan kita. Justeru, ia hanya dapat diatasi dengan mengubah sistem sekular yang mendatangkan 1001 kemudaratan ini kepada sistem Islam yang bersumberkan wahyu secara langsung daripada Ilahi.

Jenayah merompak, merampas dan melakukan tindakan kekerasan disebut sebagai qat’u thariq (perompak jalanan/lanun) dan ia dikategorikan sebagai hirabah. Hirabah adalah tindakan sekumpulan manusia bersenjata dan melakukan kekacauan, penumpahan darah, merampas harta, merosakkan kehormatan, merosakkan tanaman, ternakan, keharmonian agama, akhlak dan keamanan masyarakat, baik daripada kalangan Muslim ataupun kafir (dzimmi ataupun harbi) (Sayyid Sabbiq, Fiqh Sunnah, bab Hirabah). Dalam hal ini, jenayah ini adalah sinonim dengan kejahatan-kejahatan yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan sindiket, mafia, kongsi gelap, lanun dan lain-lain.

“Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya dan membuat kerosakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya)” [TMQ Al-Mai’dah (5):33].

Secara ringkasnya, berdasarkan dalil di atas, para fuqaha berpendapat bahawa uqubat ke atas mereka (perompak) adalah berbeza mengikut tindakan jenayah yang mereka lakukan. Jika mereka membunuh dan merompak, maka uqubatnya adalah mereka akan dibunuh dan disalib. Jika mereka membunuh tetapi tidak merompak, maka uqubatnya adalah dibunuh sahaja dan tidak disalib. Jika mereka merompak sahaja tetapi tidak membunuh, maka uqubatnya adalah dipotong tangan dan kaki mereka secara bersilang. Jika mereka hanya melakukan tindakan teroris (mengugut atau menakut-nakutkan) tetapi tidak membunuh atau merompak, maka uqubatnya adalah dibuang negeri.

Justeru, jika sekiranya sistem Islam dapat diterapkan secara kaffah, masalah-masalah jenayah yang berlaku sepertimana yang disaksikan pada hari ini akan dapat diselesaikan secara tuntas. Masyarakat akan sentiasa merasa terjamin nyawa, akal, keturunan, kehormatan, harta, agama, keamanan serta dapat memelihara negara di bawah penerapan syariah Islam.

20 Mac 2013

perkembangan terbaru

Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia.
Ketika ini, saya baru sahaja menghabiskan ujian Kalkulus dalam semester bulan Mac. Tunggu keputusan sahaja selepas cuti sekolah. Insya-Allah, saya akan terlibat dalam koir untuk latihan sehingga lusa bagi majlis graduasi senior kami (kami akan merasakan juga) pada hari Sabtu. Sebenarnya, RM 12 000 untuk laman web database itu tidak dipersetujui oleh proffesor kami (pengarah). Oleh kerana ada beberapa masalah yang tidak dapat diceritakan secara panjang seperti prof mentor kami bimbang jika kami tidak dapat ikut beliau untuk membuat kajian mengenai spesis reptila. Oleh kerana itu, kami bergabung dengan mentor lagi seorang (dalam bidang serangga anai-anai). Insya-Allah, kami akan berbincang pelajar PhD dan Master mengenai apa yang perlu dibuat, teknik dan serangga apa ingin dikaji pad hari Ahad.

Kalau tiada aral melintang, saya akan balik rumah untuk cuti ini hari Isnin dan setiap hari Ahad, kami akan mengkaji sehingga bulan Jun ini. Kebetulan semalam keputusan STPM berlangsung, saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada yang mendapat keputusan cemerlang. Esok pula keputusan SPM. Insya-Allah ramai pelajar akan dapat 'straight A' dan mendapat apa yang diimpikan tetapi jangan lupa kejayaan amat bermakna kepada negara kita dan dunia Islam itu sendiri.

Isnin minggu lepas, Putera Mahkota Abu Dhabi telah datang ke PERMATApintar bersama Datin Rosmah. Semasa sesi bergambar, muka saya berada di tengah-tengah rambut dua orang pelajar India. Oleh itu, semua mungkin tidak perasan dengan muka saya dalam TV. Semua mungkin sudah menontonnya jadi tidak perlulah saya bercerita panjang lebar.

Teruskan perjuangan wahai anggota keselamatan Malaysia dalam memburu pengganas Sulu yang ingin merampas Sabah. Jangan ambil sangat mengenai politik yang berlaku sekarang ini. Semua perkara ingin dipolitikkan. Itulah hakikat demokrasi, sistem penjajah yang berjaya memecahbelahkan umat Islam di Malaysia.

Lihatlah video bawah ini.

07 Mac 2013

Prinsip Islam dalam menghadapi kekacauan


PENULIS ialah Setiausaha 1 Ilmuan Malaysia (iLMU)
Ilmuanmalaysia.com
MANUSIA telah menyaksikan bagaimana musibah boleh menyebabkan korban jiwa dalam jumlah yang banyak. Dalam sejarah manusia dicatatkan mangsa kematian ada juga bukan kerana terlibat langsung dalam musibah berkenaan tetapi atas faktor lain. Contohnya seramai 378 orang maut akibat tersepit, terpijak dan terjatuh di Kemboja ketika Festival Air Bon Om Touk pada November 2010.

Ribuan pengunjung yang sedang berada di atas sebuah jambatan gantung di Pulau Berlian menjadi panik apabila mendapat khabar jambatan akan runtuh. Justeru para pengunjung merempuh keluar untuk menyelamatkan diri dan mula tolak menolak antara satu sama lain.

Akhirnya mereka tersepit di atas jambatan sehingga sesak nafas, ada yang terjatuh lalu lemas dan ada yang mati akibat terpijak. Ironinya jambatan gantung tersebut masih utuh sampai hari ini.

Cukup peristiwa itu sebagai renungan dan iktibar untuk umat Islam apabila sebuah khabar yang tidak sahih dan tidak tahu asal usulnya tersebar dari mulut ke mulut sehingga menyebabkan masyarakat menjadi gelisah, panik lalu akhirnya bertindak tanpa kewarasan sehingga menatijahkan kecelakaan.

Bayangkan hanya dengan tiga patah perkataan - seperti 'jambatan akan roboh' - telah menghasilkan sebuah kematian. Oleh sebab itulah dikatakan 'fitnah' lebih dahsyat daripada membunuh. Kalimat fitnah memiliki dua konotasi iaitu tuduhan yang berlawanan dengan hakikat sebenar atau dimaknakan dengan ujian (musibah).

Jika kita menekuni ajaran Islam, wujud larangan menyebarkan berita yang boleh menyebabkan masyarakat gelisah dan panik.

Sebagai rakyat tidak dibenarkan untuk menyebarkan sebarang berita yang didengar berkaitan dengan keselamatan negara.

Begitu juga kita dilarang untuk menyebarluaskan kisah-kisah yang mungkin menyebabkan masyarakat bergolak dan menjadi panik. Perbuatan salah ini disandarkan kepada watak kaum munafik kerana mereka memang mencari peluang untuk memporak perandakan negara.

Hukum larangan ini bukanlah baru dicipta ekoran tragedi di Sabah. Hal ini telah difahami sejak turunnya wahyu Allah.

Syaikh as Si' di dalam Tafsir Taisirul Karim Ar Rahman menyatakan satu pengajaran daripada Allah kepada kaum Mukminin supaya jika datang berita yang berkaitan kemaslahatan umum kepada kaum Muslimin sama ada ia berita gembira atau buruk, maka janganlah segera menyebarkannya.

Tetapi berita tersebut hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa. Jika mereka (pihak berkuasa) melihat ada keperluan untuk dihebahkan maka ia dihebahkan. Jika mereka melihat dengan menyembunyikannya terdapat kebaikan maka khabar itu disembunyikan.

Berhentilah Membuat Spekulasi

Lantaran itu, kita berhentilah menyampaikan segala kisah yang didengar tentang keadaan Lahad Datu, melainkan kisah yang dilaporkan oleh pasukan keselamatan dan pemimpin negara. Berhenti juga daripada membuat analisis dan segala macam andaian di laman maya. Kerajinan melaporkan kedudukan polis dan pasukan tentera di dalam facebook akan membantu penceroboh.

Malah dengan segala macam spekulasi yang menular, masyarakat bertambah gelisah dan bimbang. Sebenarnya kita tidak membantu keadaan tetapi menokok jurang kekacauan. Berhentilah mempolitikkan isu ini dengan terus mengatakan ia adalah sandiwara UMNO. Pemikiran ini hanya lahir daripada kelompok yang mengalami sindrom politik muflis.

Jelaslah Islam melarang umatnya 'lebih lajak dari perahu' dan menyebarkan kisah yang tidak sahih, Namun Islam juga mengajar bagaimana kita bertindak dalam saat kekacauan.

Masyarakat awam haruslah siap siaga untuk turun ke medan tempur apabila semboyan di laungkan oleh Perdana Menteri kerana Ahlus Sunnah menetapkan urusan jihad di tangan beliau.

Imam Ahmad berkata: "Berjihad dan berperang bersama pemerintah tetap berlangsung sehingga hari Kiamat, sama ada penguasa tersebut baik ataupun yang jahat" (lihat Ushul As Sunnah)

Kita juga banyakkan doa kepada Tuhan Pencipta agar ditabahkan hati kita dan dikuatkan iman serta diteguhkan kesabaran. Kita percaya bahawa takdir baik dan buruk datang daripada-Nya. Telah sampai masanya seluruh umat Islam bertaubat daripada segala dosa yang pernah dilakukan. Kemudian menegakkan akidah salaf as soleh seperti para sahabat dan tabi'in.

Segala ibadah fardu ain yang dibebankan atas setiap diri kita ditunaikan. Terakhir adalah tetap teguh bersama pemimpin negara seperti kata Imam Ahmad: "Mendengar dan taat terhadap para imam serta pemimpin kaum mukminin, yang baik ataupun yang jahat". (lihat Ushul As Sunnah)

Kita doakan agar pasukan keselamatan negara mencapai kemenangan dan selamat daripada bahaya. Jika kita pernah mencaci dan menghina mereka maka sampailah masanya kita insaf lalu memohon rahmat untuk mereka.

Sementara itu pasukan keselamatan perlu menetapkan niat untuk berjihad mempertahankan negara tanpa secarik perasaan untuk meraih gelar pahlawan, kekayaan atau habuan dunia.

Kerana Rasulullah SAW pernah ditanya tentang seorang askar yang bertempur dengan dua niat iaitu untuk meraih pahala dan ghanimah (rampasan perang) hingga terkorban. Nabi berkata askar tersebut tidak mendapat syurga melainkan sebuah kematian. (lihat Jami'ul Ulum Wal Hikam)

Wahai para ibu dan kaum wanita, tenangkan hati kalian dan menangislah sekadarnya. Sebuah ratapan tidak akan mampu menjatuhkan seorang musuh sebaliknya doa dan dokongan. Para sahabiyah termasuk Ummul Mukminin telah membantu pasukan tentera Rasulullah SAW dengan kudrat mereka.

Ada yang menjadi jururawat seperti Laila Al-Gifariah. Ada yang memberi motivasi dengan syair seperti Hindun binti Utbah. Malah ada yang mengangkat senjata ketika keadaan getir seperti Nusaibah binti Kaab.

Sesungguhnya setiap orang harus memainkan wataknya sesuai dengan kemampuannya, serta menjaga lisannya daripada mendahului pemerintah, juga wajib bersatu di bawah panji pemimpin negara dan bertekad dalam sebuah akidah yang shahihah.

Akhir kata, sama-samalah kita berdoa untuk anggota tentera yang terkorban agar roh mereka ditempatkan di alam syurga kerana mereka berjuang untuk rakyat Malaysia dan semoga pasukan keselamatan menamatkan pencerobohan ini dengan selamat dan berjaya.

05 Mac 2013

cerita dan perkembangan saya


Assalamualaikum wbt.
Saya minta maaf kerana sudah lama tidak menulis artikel ini selama sebulan. Baiklah, saya dapat masuk pertandingan koir dan berlatih sebelum bulan April. Selain itu, saya juga dapat buat persembahan bersama pelajar PERMATA Seni yang bertemakan konsert Palestin baru-baru ini seperti pengunjung blog menontonya tetapi tidak jadi kerana prof kami tidak membenarkan tingkatan 5 masuk supaya fokus pelajaran tidak terganggu sedangkan logiknya saya ada berlatih hari Sabtu dan Ahad petang dan konsertnya pada Isnin dan Selasa malam.

Pada 23/2 lepas, kami ada merentas desa dan mendapat nombor 30 tetapi pingat hanya diberikan kepada top 20 sahaja. Keesokannya, kami menonton talentime (persembahan junior kami) sehingga tengah hari.
Seminggu lalu, kelas kami ada membuat aktiviti BBQ ayam percik dengan macam-macam jenis makanan dan minuman yang sedap. Allhamdulillah!!!! Pada 2/3 lalu, kami melawat rumah Anak Yatim Darul Hikmah di Kajang, Selangor sambil mengajar mereka Matematik (peringkat tinggi sedikit). Penat kami melayan kerenah mereka. Maklum sahajalah. Akhirnya, saya telah berjaya temui 2 orang (tahun 6 dan sebaya dengan saya) untuk diambil sebagai anak angkat (hati sedang berangan). 3 petang, kami balik ke PERMATApintar semula.

Seminggu lepas, saya pergi ke pemilihan badminton untuk wakil MSSD tetapi tidak dapat semasa peringkat kedua. Doakan semoga kelab kami (Children Society) untuk ke Hospital UKM, Cheras dalam minggu ini tercapai. Rabu depan, kami ada ujian akhir 1. Doakan saya semoga dapat jawab dengan cemerlang dan sedang ulang kaji untuk minggu depan sehingga 20/3.

Allhamdulillah!!!!!!! 7/2 lalu, ada perjumpaan mentor penyelidikan dan kami telah bertemu dengan Prof Dr Hayati, pakar biodiversiti haiwan. Kami telah usulkan untuk laman database untuk maklumat haiwan yang kami cari dengan RM 12,000 serta pakar dan penolongnya dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Bahru. Selain itu, kami mengikut mereka di makmal mereka dan membuat kajian di Kuala Lompat, Hutan Simpan Krau, Pahang. Doakan semoga penyelidikan kami berjaya dalam masa singkat sebelum Future Scientist Conference. Jika ada perubahan, saya akan maklumkan.

09 Februari 2013

Mesir tetap jadi tumpuan



Hasil nukilan penulis Utusan Malaysia, Zulkifli Nordin

MESIR sememangnya destinasi yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Terdapat ribuan rakyat negara ini berada di bumi anbia tersebut untuk menuntut ilmu.

Pengalaman mengikuti lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kaherah baru-baru ini, memberi ruang kepada penulis untuk mengenali negara yang terkenal dengan kisah Firaun itu lebih dekat.

Masa yang terluang digunakan sepenuhnya bersama rakan-rakan wartawan lain untuk mengunjungi beberapa tempat menarik di negara yang turut dilanda fenomena Arab Spring dua tahun lalu yang menyaksikan tersungkurnya Hosni Mubarak dari kerusi kepresidenan yang dikuasainya sejak 30 tahun lalu.

Sudah pastilah lokasi pertama kami adalah Dataran Tahrir iaitu lokasi yang memungkinkan wajah politik Mesir berubah dua tahun lalu. Kehadiran kami disambut dengan sepanduk tertulis perkataan mengecam Mohamed Morsi.

Sebenarnya, tulisan seumpama itu sudah diduga memandangkan sememangnya menjadi tabiat kelompok yang baru menikmati erti kebebasan, mereka mahu segala tuntutan dilaksanakan dalam tempoh singkat.

Tidak mengapalah itu hak mereka, tetapi ketika lawatan ke situ, penulis menyaksikan Dataran Tahrir menjadi lokasi penunjuk-penunjuk perasaan berkhemah. Ada antaranya sudah berbulan-bulan berada di situ.

''Kami akan terus berada di sini, selagi tuntutan yang dibuat melalui revolusi rakyat dua tahun lalu tidak dipenuhi oleh pemerintah sedia ada,'' kata seorang penunjuk perasaan yang sudah dua bulan berkhemah di Dataran Tahrir.

Dataran bersejarah itu terletak berhampiran muzium Mesir yang memaparkan ribuan patung zaman Firaun. Untuk masuk ke muzium itu, pelancong dikenakan bayaran RM30 dan kamera tidak dibenarkan dibawa bersama.

Tetapi apa yang menimbulkan keanehan kepada penulis, peraturan itu seolah-olah hanya terpakai kepada pelancong dari Asia sahaja sedangkan ada pelancong Eropah dibiarkan sahaja merakamkan gambar dalam muzium tersebut.

Penulis diberitahu, bangunan muzium yang kami lawati itu hanya menempatkan patung-patung, kalau mahu melihat mumia kami perlu mengunjungi satu lagi ruangan dalam bangunan yang sama dengan bayaran RM50.

SungaiSelepas muzium ketika perjalanan ke Dataran Tahrir, kita juga boleh menyusuri Sungai Nil yang turut menjadi tumpuan pelancong. Ada bot yang disediakan untuk pelancong menyusuri sungai berkenaan dan kalau bernasib baik bolehlah menyaksikan pertunjukan percuma kerana ada gadis-gadis Arab tanpa segan silu menari gelek di hadapan anda sepanjang perjalanan.

Oleh kerana ramai berkata tidak lengkap ke Mesir kalau tidak melihat Piramid, maka penulis dan rakan-rakan turut mengunjungi piramid Giza, Sphinx, Kuil Luxor dan sebagainya.

Sebenarnya bagi mereka tidak berjiwa seni, piramid yang tersergam di hadapan mata tidak ada apa-apa keistimewaannya. Namun bagi yang mahu mengkaji, sudah pasti ia dianggap satu binaan manusia yang menakjubkan.

Mungkin kerana keistimewaan itulah, Firaun menjadi angkuh dan menderhaka kepada Allah SWT. Di kawasan piramid ini, pelancong harus banyak bersabar.

Paling ketara untuk melayan kerenah kelompok yang menawarkan perkhidmatan menunggang unta mengelilingi kawasan tersebut. Pelbagai helah mereka lakukan, malahan ramai juga pelancong yang terpedaya apabila dikenakan bayaran hanya untuk bergambar dengan unta di situ.

Menurut cerita, ketika revolusi tercetus dua tahun lalu, kawasan piramid langsung tidak dikunjungi oleh pelancong menyebabkan peniaga di situ mengalami kerugian yang amat teruk.

Kesempatan itu diambil oleh pihak tertentu untuk mengupah pengusaha yang menawarkan perkhidmatan unta dan kuda di kawasan piramid melakukan rusuhan di Dataran Tahrir.

Mereka menyerang penunjuk-penunjuk perasaan kerana menganggap puak berkenaan bertanggungjawab menyebabkan rezeki mereka terjejas.

Turut boleh dikunjungi oleh pelancong khususnya umat Islam adalah makam Imam Shafie. Makam yang terletak di pinggir bandar Kaherah ini dikatakan turut menempatkan kesan tapak kaki Rasulullah SAW.

Sama ada ia benar atau tidak, hanya Allah Maha Mengetahui tetapi apa yang pasti kesan tapak kaki itu dapat dilihat dengan jelas di salah satu sudut makam tersebut.

Sememangnya Mesir mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi tetapi dalam masa sama, negara itu juga menghadapi masalah kekotoran yang kronik.

Di mana-mana sahaja sampah-sarap boleh dilihat dicampak merata-rata, namun ia tetap tidak akan boleh menggugat hasrat pelancong yang ingin mengetahui sejarah Mesir purba dan menyaksikan keindahan Sungai Nil dan Terusan Suez yang mengagumkan.

05 Februari 2013

Kewajipan tiada kompromi


TANPA segan silu, terdapat segelintir jemaah mengabaikan tuntutan solat Jumaat dengan pergi makan tengah hari bersama rakan-rakan dan ada juga pulang ke rumah untuk tidur.

Selain itu, tanpa perasaan malu, terdapat kalangan mereka sanggup mencatat dalam laman sosial facebook malah memuat turun gambar bahawa mereka sedang enak menjamah makanan tengah hari di saat umat Islam lain sedang solat Jumaat.

Adakah mereka tidak mengetahui bahawa solat Jumaat adalah suatu tuntutan seperti mana ibadah wajib yang lain? Ketika ditanya kepada mereka mengapa tidak solat solat? Jawapannya mudah, "Ala baru dua kali tidak solat, masuk kali ketiga baru kufur."

Bagi menjawab kekeliruan tersebut, Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim berkata, solat Jumaat wajib dilaksanakan oleh lelaki yang memenuhi syarat-syarat wajib tuntutan ibadah itu dengan berdasarkan firman Allah berdasarkan ayat kesembilan surah al-Jumuah.

Oleh demikian, ujar Zamri lelaki Muslim yang tidak mempunyai keuzuran syarak diwajibkan ke atas dirinya menunaikan solat Jumaat pada setiap minggu. Hal ini berdasarkan sebuah hadis diriwayatkan oleh Abdullah Umar dan Abu Hurairah yang menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah SAW sedang berkhutbah di atas mimbar dan baginda bersabda:

"Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat untuk menghentikan perbuatan mereka itu atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?"

Menurut Zamri, ramai juga yang mengambil kesempatan untuk meringan-ringankan tanggungjawab itu dengan menyalahertikan hadis riwayat al-Tirmizi iaitu "Barang siapa yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali bahkan meremehkan, Allah akan menguncikan hatinya."

Seorang ulama hadis terkemuka, al-Hafiz al-Iraqi memberikan komentar terhadap hadis berkenaan dengan menyatakan bahawa masuk meremehkan ialah tidak menunaikannya tanpa ada uzur yang dibenarkan oleh syarak dan hatinya akan ditukar tabiatnya sebagai hati orang munafik.

Manakala Ibnu al-Arabi menjelaskan bahawa kebaikan terhalang daripada hati-hati orang berkenaan.

"Meninggalkan solat Jumaat secara sengaja tanpa ada keuzuran walaupun sekali sudah dikira berdosa, apatah lagi jika ia telah menjadi kelaziman dan menganggap solat Jumaat itu remeh.

"Hakikatnya ia telah merelakan raja dalam tubuhnya iaitu hatinya dikuasai oleh syaitan. Maka kebenaran akan sukar tembus ke dalam hatinya dan kemungkaran dan kemaksiatan akan bermaharajalela dalam kehidupannya," kata Zamri.

Untuk mencapai kesempurnaan solat Jumaat, Timbalan Mufti Perak itu berkata, Allah telah menyediakan ibadah itu sebagai mekanisme terbaik untuk menjulang semangat umat Islam secara kolektif sejak daripada dahulu lagi malah ia tetap relevan sehingga hari ini serta perlu didokong oleh pelbagai pihak.

"Setiap umat Islam perlu menganjakkan persepsinya terhadap solat Jumaat bukan hanya sekadar ibadah ritual mingguan yang dilaksanakannya sebagai suatu kewajipan tetapi sebenarnya ia menyajikan lebih daripada itu.

"Kalau umat Islam memahami falsafah solat Jumaat yang sebenar maka ia tidak terperangkap dengan fenomena terpaksa hadir tetapi akan menjadi lebih bersedia dan menyediakan diri untuk menunaikan solat Jumaat di masjid," ujar Zamri.

Bagi pihak jawatankuasa masjid pula, Zamri menegaskan bahawa khatib mesti bersedia sepenuhnya untuk menyampaikan khutbah bukan sekadar membacanya selain isi yang dibangkitkan mestilah relevan dengan para jemaah dan keadaan semasa.

"Khutbah disampaikan dengan gabungan penggunaan alat-alat teknologi moden dan selepas solat Jumaat diedar ringkasan khutbah yang disampaikan yang mungkin akan lebih menarik perhatian jemaah," jelas Ahli Jawatankuasa Syariah Negeri Perak itu.

Makrifah Rasulullah SAW


Memandangkan baru sahaja berlalu peristiwa penting dalam sejarah Islam, maka penulis ingin mengajak semua menghayati dan menyelusuri riwayat hidup insan yang mulia ini.

Peri pentingnya umat Islam pada masa kini mengenali Rasulullah SAW. Pesanan dan wasiat seorang sahabat Nabi yang bernama Sa'd bin Abi Waqas ra. Antara lain katanya: "Kita hendaklah mengajar anak-anak kita peperangan Rasulullah SAW seperti mana kita mengajar mereka surah-surah al-Quran."

Kenyataan ini jelas menunjukkan betapa Rasulullah SAW begitu hampir dalam kehidupan kita kecuali kabus kemewahan dan kelalaian telah menjadi hijab untuk kita makrifah dan mengenali Rasulullah SAW yang sewajibnya kita beriman dan mencintainya.

Mengikut riwayat al-Tabarani, daripada Saidina Ali ra, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Didiklah anakmu atas tiga sifat, cintakan Nabimu, cintakan keluarganya dan membaca al-Quran. Ini kerana pembawa al-Quran berhak mendapat bayangan lindungan Arasy Allah pada hari tiada sebarang lindungan kecuali lindungannya bersama para nabi dan orang-orang yang dipilihnya."

Antara tanda seseorang cintakan Nabi ialah dengan mengkaji sirahnya dan seterusnya mengikut segala perintah serta meninggalkan larangannya. Begitu juga bibirnya sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sebagaimana firman Allah SWT (Surah al-Ahzab: 56) yang bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

Syeikh Abdul Qadir al-Jailani al-Hasani Rahimahullah menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW di dalam kitabnya, al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun yang berkata: "Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW mempunyai 42 kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya Hadaiq al-Anwar:"

* Melaksanakan perintah Allah SWT.

* Bersama dengan selawat Allah SWT kepada Rasulullah SAW.

* Bersama dengan selawat para malaikat.

* Mendapat ganjaran 10 kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).

* Dikurniakan oleh Allah SWT 10 darjat atas tiap-tiap satu selawat.

* Ditulis oleh malaikat 10 kebaikan atas setiap selawat.

* Dihapuskan oleh Allah SWT 10 kejahatan atas setiap selawat.

* Segala doa akan diperkenankan oleh Allah SWT.

* Mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW.

* Mendapat keampunan daripada Allah serta akan ditutup segala keaiban.

* Allah SWT akan menutupi segala dukacita.

* Dikurniakan makam yang berhampiran dengan Rasulullah SAW.

* Mendapat darjat al-Sidq.

* Ditunaikan segala hajat.

* Selamat dan sejahtera pada hari Kiamat.

* Allah SWT dan para malaikat akan berselawat ke atas orang yang selawat.

* Mendapat khabar gembira daripada Allah SWT dengan balasan syurga.

* Selamat sejahtera daripada huru-hara hari Kiamat.

* Rasulullah SAW akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.

* Mudah mengingati semula perkara-perkara yang lupa.

* Mendapatkan kedudukan yang baik pada hari Kiamat serta tidak akan kecewa pada hari tersebut.

* Tidak akan merasai fakir.

* Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.

* Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah SAW kepada yang berselawat.

* Selawat akan menjemput pengucapnya ke jalan syurga.

* Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut oleh Allah SWT dan Rasul-Nya.

* Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah SWT (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

* Selawat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari Kiamat.

* Terpelihara daripada sifat kasar dan gelojoh.

* Disambut oleh Allah pada hari Kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.

* Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah SWT.

* Mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

* Mendapat kesempurnaan iman.

* Kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW.

* Mendapat hidayah daripada Allah SWT.

* Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah SAW secara langsung.

* Teguh pendirian dengan kebenaran.

* Berselawat bermaksud kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah ke atas diri kita. Di samping itu, ia dianggap mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah SAW kepada kita.

* Berselawat juga bermaksud melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah ke atas Rasulullah dan juga kepada diri sendiri.

* Berselawat juga bermaksud zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.

* Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah SAW di dalam jiwanya.

* Dikurniakan oleh Allah makam seorang syeikh dan murabbi.

Semoga kita semua menjadi hamba Allah yang patuh pada perintah-Nya dan mengamalkan sunnah Baginda SAW.

Mahu lihat Hamas, Fatah bersatu demi Palestin


LAWATAN singkat Perdana Menteri Malaysia ke wilayah bergolak Gaza, Palestin minggu lalu menjadi satu sejarah baru kepada rakyat Malaysia.

Ia sebagai tanda sokongan berterusan rakyat Malaysia ke atas kemerdekaan negara Palestin. Lawatan tersebut dapat memberikan gambaran sebenar tentang kekejaman Zionis Israel.

Pergerakan Hamas menyambut baik lawatan tersebut. Hamas adalah sebahagian aspirasi rakyat Palestin selain pertubuhan Fatah. Dua pertubuhan tersebut membawa perjuangan membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan Israel.

Hamas dan Fatah mampu berkerjasama. Jika mereka boleh bersatu padu akan banyak lagi pemimpin negara Islam lain akan memberikan bantuan.

Syarat utama mencapai kemerdekaan, rakyat Palestin mestilah bersatu padu mewujudkan kerajaan yang kukuh.

Jika Israel boleh bersatu kenapa tidak Palestin? Penulis amat teringin melihat kewujudan negara Palestin. Ini kerana di sana banyak tempat bersejarah yang menarik untuk dilawati seperti Baitulmaqdis, kiblat pertama orang Islam.

Namun begitu, Israel banyak melakukan sekatan dan kesusahan kepada orang Islam melawat Palestin. Inilah masalahnya. Inilah juga puncanya ibu segala keganasan mula muncul di dunia ini.

Sampai bila Israel hendak menakluk dan menindas tanah Palestin?

28 Januari 2013

Cerita saya dan ucapan


Assalamulaikum wbt dan salam sejahtera.
Di sini, saya mengucapkan salam Maulidur Rasul 1434 H kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkan selawat, cintai dan mengamalkan sunnah serta mengikuti apa yang Rasullulah SAW lakukan.

Isnin dan Selasa lepas, saya terlalu sibuk dalam berlatih koir kerana sudah ada kumpulan koir baru di PERMATApintar dan pengajarnya dari Pusat Kebudayaan UKM. Allhamduillah!! Setelah kami berlatih akhirnya kami berjaya membuat persembahan koir (lagu Anak Permata, Varsiti Kita dan Negaraku) semasa program penutupan orientasi tingkatan 3 & 4 (pelajar tingkatan 3 yang skornya tinggi daripada pelajar junior semasa UKM3, dapat masuk ke sini) pada hari Rabu. Kiranya ini merupakan lompat tanpa perlu ambil PMR dan boleh habiskan belajar di universiti dalam usia muda serta singkat. Ada 20 orang pelajar daripada Tingkatan 3 dan selebihnya daripada Tingkatan 4. Mereka ada off level test untuk pemilihan bagi mengikuti program fast track (TOEFL dan SAT itu). Kemudian, saya diberi memimpin untuk senamrobik petang (iaitu warming up) serta kawan sekelas saya lain (kelas kami -5K7). Allhamduillah!!!!

Pada hari Khamis, AJK Kerohanian Kolej dan MPP mengadakan sambutan maulidur rasul. Ia dimulakan dengan perarakan (seronok) melalui kawasan perumahan kakitangan UKM, kemudian diikuti dengan pembentangan kain rentang daripada setiap kelas. Akhirnya, kelas kami dapat nombor tiga dan dapat bingkai Al-Quran. 4 hari kami menyiapkan kain rentang tersebut. Tema kebangsaan tahun ini ialah 'Wasattiyah Tonggak Kesatuan Ummah'. Akhir sekali, kami dihidangkan dengan ceramah.

Petang itu, kami ada raptai untuk malam ini. Selama 2 malam, saya dan 10 orang kawan lain yang menyertai kumpulan marhaban berlatih untuk memimpin selawat marhaban selepas solat Maghrib. Setiap kali ada peristiwa, kumpulan koir dan marhaban (kumpulan saya) insya-Allah akan mempersembahkan persembahan kami. Malam itu, ada persembahan nasyid dan sajak (oleh saya sendiri dan kawan sekelas saya -Alya). Akhir sekali, kami ada tayangan video mengenai Rasululah. 10.40 malam, berakhirlah sambutan ini.

Saya berasa sedih kerana cikgu tidak memilih saya untuk pegang jawatan Majlis Perwakilan Pelajar yang dalamnya ada exco-exco (macam di universiti) bahkan juga ketua kolej asrama tidak memilih saya untuk pegang jawatan dalam AJK kolej asrama walhal ada sesetengahnya saya berbakat dalam sesetengah jawatan itu. Selain itu, saya juga tidak terpilih untuk ikuti Program Nobel Laurate selama 4 hari (semalam hingga Khamis ini). Di dalamnya, ada kerja dan 'lecture' dari 8 pagi hingga 7 malam (tidak termasuk 'lunch' dan solat) bersama beberapa orang pengajar dari US. Khamis atau Rabu ini ada majlis penutup yang dirasmikan oleh Datin Rosmah. Program ini secara tidak langsung membolehkan pelajar berfikiran tinggi dalam mencipta sesuatu yang baru.

11 Januari 2013

Cerita saya di PERMATApintar


Assalamualikum wbt dan salam sejahtera.
Saya ingin menceritakan dalam dua minggu ini di PERMATApintar. Pada minggu pertama, kami tidak belajar kerana ada pelbagai taklimat yang ingin diberikan. Kami bergotong-royong dalam minggu ini membersihkan asrama, dewan makan dan surau serta tidak terkecuali kelas dan makmal. Cantik jugalah asrama dan surau kerana asrama ada tirai berwarna-warni dan meja belajar mempunyai banyak ruangan untuk disimpan dengan katil yang empuk. Saya sebilik dengan rakan karib saya, Shah Hakimi. Normalnya, kami bermain bola sepak di belakang blok bilik instruktor baru macam 1 bilik 2 orang guru kami manakala main bola tampar di depan blok pentadbiran. Seterusnya, di dewan pula kami bermain badminton sampai pukul 6 petang.

Allhamduillah!! Saya mendapat 5 atau 6A pada semester akhir 2 lepas. Oleh kerana 70% pelajar pointer bawah 3, jadual kami terlalu padat.

1. Pagi Isnin - Jumaat - belajar.
2. Petang itu, ada kelas PQS dan PSI (saya tidak mengambil pun dan selebihnya prep). Ada juga kelas LMS (Learning Management Self) di mana instruktor memuat turun sesetengah 'assignment' dalam laman web tersebut.
3. Malam itu, ada prep setiap hari termasuk hari Khamis, kelas kalkulus kelas kami. Manakala kelas bahasa Jepun pula 2.30-4.30 petang.
4. Petang Jumaat, ada sesi kaunseling. Untuk aktiviti kokurikulum,
Kelab - Robotik.
Unit beruniform - Bulan Sabit Merah Malaysia.
Permainan - Badminton.

Perjumpaan dibuat bermula bulan depan. Manakala aktiviti kesenian dimasukkan hari Sabtu (9-11.30 pagi). Saya memilih untuk menyertai koir sekolah di mana setiap kali peristiwa atau petandingan, kami akan buat kerana saya pernah berpengalaman dalam koir setahun.

5. Dalam hujung bulan ini, kami bermula membuat kajian research dengan mentor kami dari UKM. Saya tidak menyangka (hari jadi saya 4 Januari) disambut meriah oleh instruktor, akwan-kawan dan prof kami dalam sejarah hidup saya. Allhamduillah!!!!!! Hadiahnya tidak terdaya saya untuk habiskannya dengan kek lagi. Kalau pointer bawah 2, kena buang. Kemudian, kalau pointer di atas 3, dapat menyertai pertandingan. Saya menyeru kepada semua supaya doakan kejayaan saya di sana termasuk terpilih menyertai kejohanan sukan Hulu Langat bulan April ini dan genius olimpiad.

6. 18 & 19 Januari ini, kami ada 'open day' untuk perjumpaan ibu bapa dengan instruktor mengenai prestasi keputusan ujian lepas. Setelah itu, ada hari anugerah, tidak dapat pun dan juga mesyuarat PIBG. Insya-Allah, keluarga saya akan datang ke sini. Untuk pendaftaran pelajar baru tingkatan 4, ia akan berlangsung pada 21 Januari ini. Itu sahaja.

01 Januari 2013

Ucapan tahun baru & bina azam setiap hari

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Saya mengucapkan selamat tahun baru 2013 kepada semua orang di dunia ini dan laksanakan azam anda semua. Allhamuduillah!! Akhirnya saya berjaya menyiapkan proposal research bersama dua orang kawan saya untuk tahun ini. Topiknya bulan September ini insya-Allah. Esok bermulalah alam baru dan alam persekolahan. Semoga impian saya untuk tahun ini menjadi kenyataan, insya-Allah.

Menyemat azam setiap kali tahun baru bertandang bukan perkara asing di kalangan orang kita. Pelbagai perkara masuk dalam senarai dengan sasaran untuk dipenuhi sebelum helaian kalendar ditutup.
Cuba tanya diri sendiri, adakah kita sudah berjaya menunaikan azam yang kita sematkan tahun lalu atau tahun sebelumnya? Soalnya, adakah kita menyemat azam atau menyimpulnya? Menyemat azam sama seperti menanam biji benih. Apabila tumbuh pokok, setiap hari kita siram dan tabur baja untuk menyuburkannya. Apabila besar, ia berbuah dan dapat kita kecapi hasilnya.
Bagaimanapun, jika anda cuma menyimpul azam, sukarlah untuk mencapainya. Ia umpama tali yang tidak diikat kemas atau benang yang kusut bergumpal, tentu sukar untuk kita leraikan.

Berjaya atau tidak, setiap tahun kita tidak pernah jemu memperbaharui azam. Semuanya berhasrat menjadi manusia yang lebih baik, meninggalkan perangai buruk, penuh wawasan untuk mempertingkatkan hidup, kerjaya dan masa depan.

Apa azam tahun baru anda? Itu soalan biasa diajukan setiap kali menjelang tahun baru. Mengiringi tahun baru dengan azam baru ialah fenomena manusia zaman kini yang gemar bergantung pada tempoh tertentu untuk membentuk falsafah hidup serta perkara yang ingin dicapai dalam hidup.

Tidak dinafikan, kebanyakan individu berazam mahu menghentikan sifat boros dan berusaha untuk mempunyai wang simpanan yang banyak. Namun, setiap tahun, ia cuma tinggal angan-angan kerana mata sering tergoda dengan jualan murah atau barangan yang cantik.

Mereka yang berazam mahu menguruskan badan juga tidak kurang hebat dugaannya. Asalnya mahu tubuh yang kurus atau lebih langsing, tetapi poket pula yang kurus kerana terbuai dengan selera makan yang besar.

Bagi mereka yang berazam untuk menjadi seorang yang lebih produktif dalam pekerjaan atau meningkatkan kerjaya, cabaran dihadapi juga besar. Masalah utama, malas, kurang bersemangat, faktor kesihatan, masalah keluarga dan persekitaran menjadi kekangan untuk mara sebagai pekerja yang hebat.

Bagi Pakar Motivasi, Dr HM Tuah Iskandar, azam atau kemahuan, keinginan mahupun cita-cita sebenarnya adalah niat. Ia perlu dibina setiap hari iaitu setiap kali bangun tidur di waktu pagi. Jika tidak tercapai untuk hari itu, kita lanjutkan jangka masa untuk ke minggu, bulan dan tahun.

Menurutnya, azam letaknya di hati dan setiap kali bangun tidur di waktu pagi, kita perlu membulatkan tekad untuk berjaya mencapai azam.

“Ketika bangun pagi dalam keadaan bilik masih gelap adalah waktu sesuai untuk kita berazam kerana waktu itu hati suci, padu dan padat manakala tenaga masih besar.

“Dalam Islam, azam dipanggil niat. Niat yang kukuh akan meledakkan diri kita untuk mencapai azam dengan kesungguhan. Mohon kepada Allah semoga azam kita direstui dan dipermudahkan.

“Kepada generasi baru yang meraikan sambutan tahun baru pada penghujung malam sambil memasang lilin dan bersorak kegembiraan, itu sebenarnya bukan azam baru. Tak jadi kalau azam dilakukan dengan cara itu,” katanya.

Jutawan Internet juga pakar motivasi, Dr Irfan Khairi, berpendapat antara azam yang perlu ada dalam setiap individu ialah kekayaan. Ia meliputi semua aspek iaitu kekayaan minda dan rohani selain memperkayakan semangat kekeluargaan dan kemasyarakatan.

Katanya, jika sesuatu azam tidak tercapai, ada dua kemungkinan sama ada ia terlalu besar atau jangka waktu untuk mencapainya terlalu singkat.

“Jika berlaku keadaan seperti itu, untuk merealisasikan azam, kita perlu mengecilkan sedikit sasaran atau memanjangkan tempoh untuk mencapainya.

“Beberapa langkah perlu diambil untuk mencapai azam iaitu kita perlu memastikan keinginan yang amat tinggi kerana jika tidak, kita tidak akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya.

“Selain itu, perlu ada ilmu bagaimana untuk mencapainya. Kepentingan ilmu disebut lebih 700 kali dalam al-Quran. Kita juga tidak sepatutnya berputus asa merealisasikan azam berkenaan,” katanya.

Mengenai ramalan kiamat akan berlaku 2012, Dr Ifran berkata, usah terlalu percaya kerana berlakunya hari kiamat ialah rahsia Allah sebaliknya sebagai umat-Nya, kita perlu melipatgandakan amalan sebagai bekalan.

Malah, hadis ada menyebut beramal seperti kita akan mati esok tetapi bekerja seperti kita akan hidup selama-lamanya. Tidak kira apa juga keadaan, kita perlu berusaha dan bekerja seperti biasa.

Dalam pada mahu mencapai sesuatu azam untuk memperbaiki dan mempertingkatkan diri sendiri, seharusnya kita tidak lupa untuk mensyukuri setiap rahmat dan nikmat yang Allah berikan, anugerah kesihatan selain memelihara keharmonian dan kemakmuran negara.

Bagi golongan muda, tahun baru tidak sepatutnya disambut dengan gaya Barat yang menganjurkan pesta, berdua-duanya dengan pasangan mahupun terbabit pergaulan bebas. Lebih utama, kita sepatutnya menanam azam di tahun baru Islam.

Bukan mahu menyekat kebebasan mereka yang ingin merasai nikmat sebagai orang muda, tetapi biarlah setiap perbuatan yang dilakukan tidak seharusnya melampaui batas agama dan moral. Ini kerana, dibimbangi setiap bulan September, media cetak dan elektronik melaporkan kes pembuangan bayi di tong sampah, sungai mahupun tangga masjid.

30 Disember 2012

Pasukan “Berseragam Putih” di Gaza ...





Ada “pasukan lain” membantu para mujahidin Palestine. Pasukan Israel sendiri mengakui adanya pasukan berseragam putih itu.

Suatu hari di penghujung Januari 2009, sebuah rumah milik keluarga Dardunah yang berada di antara Jabal Al Kasyif dan Jabal Ar Rais, tepatnya di jalan Al Qaram, didatangi oleh sekelompok pasukan Israel.

Seluruh anggota keluarga diperintahkan duduk di sebuah ruangan. Salah satu anak laki-laki diinterogasi mengenai ciri-ciri para pejuang al-Qassam.

Saat disoal-siasat tentera yahudi, sebagaimana ditulis situs Filisthin Al Aan (25/1/2009), memaparkan cerita seorang mujahidin al-Qassam, laki-laki itu menjawab dengan jujur bahwa para pejuang al-Qassam mengenakan baju hitam-hitam. Akan tetapi tentara itu malah marah dan memukulnya hingga laki-laki malang itu pengsan.

Selama tiga hari berturut-turut, setiap ditanya, laki-laki itu menjawab bahwa para pejuang al-Qassam memakai seragam hitam. Akhirnya, tentara itu naik pitam dan mengatakan dengan keras, “Wahai pembohong! Mereka itu berseragam putih!”

Cerita lain yang disampaikan penduduk Palestina di situs milik Brigade Izzuddin al-Qassam, Multaqa al-Qasami, juga menyebutkan adanya “pasukan lain” yang tidak dikenal. Awalnya, sebuah ambulan dihentikan oleh sekelompok pasukan Israel. Pemandurnya ditanya apakah dia berasal dari kelompok Hamas atau Fatah? Sopir malang itu menjawab, “Saya bukan kelompok mana-mana. Saya cuma sopir ambulan.”

Akan tetapi tentara Israel itu masih bertanya,

“Pasukan yang berpakaian putih-putih dibelakangmu tadi, masuk kelompok mana?”

Si sopir pun kebingungan, karena ia tidak melihat seorangpun yang berada di belakangnya. “Saya tidak tahu,” jawaban satu-satunya yang ia miliki.

Cerita mengenai “pasukan tidak dikenal” juga datang dari seorang penduduk rumah tersusun wilayah Tal Islam yang handak mengungsi bersama keluarganya untuk menyelamatkan diri dari serangan Israel.

Di tangga rumah ia melihat beberapa pejuang menangis.” Kenapa kalian menangis?” tanyanya.

“Kami menangis bukan karena khawatir keadaan diri kami atau takut dari musuh. Kami menangis karena bukan kami yang bertempur. Di sana ada kelompok lain yang bertempur memporak-porandakan musuh, dan kami tidak tahu dari mana mereka datang,” jawabnya.

Saksi Soldadu Israel ...

Cerita tentang “soldadu berseragam putih” tak hanya diungkap oleh mujahidin Palestina atau warga Gaza. Beberapa personel pasukan Israel sendiri menyatakan hal serupa.

Situs al-Qassam memberitakan bahwa TV Channel 10 milik Israel telah menyiarkan seorang anggota pasukan yang ikut serta dalam pertempuran Gaza dan kembali dalam keadaan buta.

“Ketika saya berada di Gaza, seorang tentera berpakaian putih mendatangi saya dan menaburkan pasir di mata saya, hingga saat itu juga saya buta,” kata anggota pasukan ini.

Di tempat lain ada soldadu Israel yang mengatakan mereka pernah berhadapan dengan “hantu”. Tidak diketahui dari mana asalnya, bila munculnya, dan ke mana menghilangnya.

Masih dari Channel 10, seorang tentera Israel lainnya mengatakan,

“Kami berhadapan dengan pasukan berbaju putih-putih dengan janggut panjang. Kami tembak dengan senjata, akan tetapi mereka tidak mati.”

Cerita ini menggelitik banyak pemirsa. Mereka bertanya kepada Channel 10, siapa sebenarnya pasukan berseragam putih itu?

Apakah pasukan berbaju putih itu adalah MALAIKAT bantuan Allah, sebagaimana Allah telah membantu dalam perang Badar dalam Al Quran?

“(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu: "Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut".(QS 8 : 9)

Ada lagi kisah karamah mujahidin yang kali ini disebutkan oleh khatib masjid Izzuddin Al Qassam di wilayah Nashirat Gaza yang telah ditayangkan oleh TV channel Al Quds, yang juga ditulis oleh Dr Aburrahman Al Jamal di situs Al Qassam dengan judul Ayaat Ar Rahman fi Jihad Al Furqan (Ayat-ayat Allah dalam Jihad Al Furqan).

Sang khatib bercerita, seorang pejuang telah menanam sebuah periuk api yang telah disiapkan untuk menyambut pasukan Zionis yang melalui jalan tersebut.

“Saya telah menanam sebuah periuk api. Saya kemudian melihat sebuah helikopter menurunkan sejumlah besar pasukan disertai tank-tank yang beriringan menuju jalan tempat saya menanam ranjau,” kata pejuang tadi.

Akhirnya, sang pejuang memutuskan untuk kembali ke markas karena mengira ranjau itu tidak akan bekerja optimal. Maklum, jumlah musuh amat banyak.

Akan tetapi, sebelum beranjak meninggalkan lokasi, pejuang itu mendengar suara “Utsbut, tsabatkallah” yang maknanya kurang lebih, “tetaplah di tempat maka Allah menguatkanmu.” Ucapan itu ia dengar berulang-ulang sebanyak tiga kali.

“Saya mencari sekeliling untuk mengetahui siapa yang mengatakan hal itu kapada saya. Akan tetapi saya malah terkejut, karena tidak ada seorang pun yang bersama saya,” ucap mujahidin itu, sebagaimana ditirukan sang khatib.

Akhirnya sang mujahid memutuskan untuk tetap berada di lokasi. Ketika sebuah tank melewati ranjau yang tertanam, sesuatu yang “ajaib” terjadi. Ranjau itu justru meledak amat dahsyat. Tank yang berada di dekatnya langsung hancur. Banyak soldadu Israel mati serta merta. Sebahagian dari mereka harus diangkut oleh helikopter. “Sedangkan saya sendiri dalam keadaan selamat,” kata mujahid itu lagi, melalui lidah khatib.

Cerita yang disampaikan oleh seorang penulis Mesir, Hisyam Hilali, dalam situs alraesryoon.com, ikut mendukung kisah-kisah sebelumnya. Abu Mujahid, salah seorang pejuang yang melakukan ribath (berjaga) mengatakan,

“Ketika saya mengamati gerakan tank-tank di perbatasan kota, dan tidak ada seorang pun di sekitar, akan tetapi saya mendengar suara orang yang bertasbih dan beritighfar. Saya berkali-kali mencoba untuk memastikan asal suara itu, akhirnya saya memastikan bahwa suara itu tidak keluar kecuali dari bebatuan dan pasir.”

Sudah Meledak, Ranjau Masih Utuh ...

Satu kejadian “aneh” terjadi di Gaza Selatan, tepatnya di daerah AI Maghraqah. Saat itu para mujahidin sedang memasang ranjau. Di saat mengulur kabel, tiba-tiba sebuah pesawat pengintip Israel mengesan mereka. Bom pun langsung digugurkan ke lokasi itu.

Untunglah para mujahidin selamat. Namun, kabel pengubung ranjau dan pemicu yang tadi hendak disambung menjadi terputus. Tidak ada kesempatan lagi untuk menyambungnya, karena pesawat masih berputar-putar di atas.

Tak lama kemudian, beberapa tank Israel mendekati lokasi di mana ranjau-ranjau tersebut ditanam. Bukan sekadar melewati, tank-tank itu malah berhenti tepat di atas peledak yang sudah tak berfungsi itu.

Apa daya, kaum Mujahidin tak bisa berbuat apa-apa. Kabel ranjau jelas tak mungkin disambung, sementara tank-tank Israel telah berkumpul tepat di atas ranjau.

Mereka merasa amat sedih, bahkan ada yang menangis ketika melihat pemandangan itu. Sebagian yang lain berdoa, “allahumma kama lam tumakkinna minhum, allahumma la tumakkin lahum,” yang maknanya, “Ya Allah, sebagaimana engkau tidak memberikan kesempatan kami menghadapi mereka, jadikanlah mereka juga tidak memiliki kesempatan serupa.”

Tiba-tiba, ketika fajar tiba, terjadilah keajaiban. Terdengar ledakan dahsyat persis di lokasi penanaman ranjau yang tadinya tak berfungsi.

Setelah Tentara Israel pergi dengan membawa kerugian akibat ledakan lersebut, para mujahidin segera melihal lokasi ledakan. Sungguh aneh, ternyata seluruh ranjau yang telah mereka tanam itu masih utuh. Dari mana datangnva ledakan? Wallahu a’lam.

Masih dari wilayah Al Maghraqah. Saat pasukan Israel menembakkan artileri ke salah satu rumah, hingga rumah itu terbakar dan api menjalar ke rumah sebelahnya, para mujahidin dihinggapi rasa khawatir jika api itu semakin tak terkendali.

Seorang dari mujahidin itu lalu berdoa, “Wahai Dzat yang merubah api menjadi dingin dan tidak membahayakan untuk Ibrahim, padamkanlah api itu dengan kekuatan-Mu.”

Maka, tidak lebih dari tiga menit, api pun padam. Para mujahidin menangis terharu karena mereka merasa Allah Subhanuhu wa Ta’ala (SWT) telah memberi pertolongan dengan terkabulnya doa mereka dengan segera.

26 Disember 2012

Ketepatan haul zakat


TEMPOH simpanan atau tabungan, menurut istilah hukum Islam dinamakan haul. Haul merupakan satu tempoh 12 bulan qamariyah dalam tahun Hijri. Kewajipan haji, puasa, Aidilfitri dan Aidiladha juga difardukan mengikut kiraan bulan qamariyah, iaitu Muharam, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah.

Dalam ibadah zakat, haul ialah tempoh harta perlu disimpan sebelum ditunaikan zakatnya, iaitu 12 bulan mengikut kalendar Hijrah. Haul sesuatu harta bermula dari tarikh harta itu dimiliki. Untuk tujuan itu, seseorang Muslim bebas menentukan bilakah haul bagi dirinya berzakat.

Seandainya kita sudah biasa menunaikan zakat pada awal tahun Hijrah iaitu bulan Muharam, maka apabila tiba Muharam tahun hadapan, detik itulah menandakan genaplah sudah setahun dan beliau wajib berzakat.

Jika kita meninjau suasana di pusat-pusat zakat seluruh negara pada bulan Ramadan nescaya kita akan dapati 'kemeriahan' yang agak luar biasa dari bulan-bulan lain. Pemilihan Ramadan sebagai bulan untuk berzakat adalah amat digalakkan, memandangkan ia adalah bulan yang mengandungi pelbagai kelebihan dengan ganjaran pahala.

Tambahan pula, ia memudahkan seseorang untuk mengingati haul zakatnya. Setibanya bulan Ramadan, maka perhatiannya secara automatik akan teringat kepada ibadah zakat, apatah lagi kefarduan zakat fitrah juga terkandung dalamnya. Sebab itu jugalah kita digalakkan memilih Ramadan sebagai haul zakat.

Oleh itu, kita amat dianjurkan agar kembali menggunakan kalendar Hijri, khususnya di dalam mengingati haul zakat. Ia bukan semata-mata dapat memastikan zakat kita lebih tepat haulnya, malah akan mendapat pahala kerana mengamalkan sunnah Rasul dengan mengutamakan tahun Islam di dalam kehidupan.

Di Malaysia, adalah menjadi lumrah suasana para pembayar cukai datang bersesak-sesak untuk menjelaskan zakat mereka pada setiap penghujung tahun, khususnya menjelang 31 Disember.

Rebat

Ini merupakan senario biasa di pihak berkuasa zakat sejak sekian lama. Ini kerana peruntukkan Akta Cukai Pendapatan 1967 yang membenarkan seseorang Muslim yang membayar zakat memperoleh rebat cukai iaitu tolakan sepenuhnya daripada cukai kena bayar.

Rebat ini adalah bersifat semasa dan dipotong daripada tanggungan cukai berdasarkan kepada tahun bayaran zakat tersebut dibuat. Sebagai contoh, bayaran zakat individu untuk haul 2011 yang dibayar pada tahun 2012, akan melayakkan rebat cukai untuk tahun 2012.

Ringkasnya, haul zakat individu tidak membawa apa-apa implikasi cukai. Seksyen 6A (3) Akta Cukai Pendapatan 1967 jelas menyatakan perkara ini. Secara mudahnya Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hanya melihat kepada 'bilakah' zakat itu dibayar dan bukannya zakat itu dibayar untuk tahun haul 'bila'.

Oleh itu, bolehlah diyakini bahawa kesibukan dan kesesakan masyarakat membayar zakat sebelum 31 Disember setiap tahun adalah berpunca daripada implikasi rebat cukai dan tiada kaitan dengan hukum haul zakat. Kecualilah jika seseorang Muslim itu meletakkan tarikh 31 Disember sebagai tarikh cukup haul zakat.

Berkenaan rebat cukai ini perlu difahami dan dihayati, ikhlas semata-mata kerana Allah SWT apabila membayar zakat, tidaklah menghalang kita daripada mengambil manfaat rebat cukai yang disediakan. Namun setiap pembayar zakat perlu sentiasa jelas bahawa kita membayar zakat kerana ia kewajipan agama dan bukan semata-mata mahu mengambil kesempatan atas rebat cukai.

Oleh kerana zakat adalah kewajipan agama, maka amaun zakat minimum yang hendak dibayar hendaklah ditentukan secara syar'ie iaitu melihat kepada syarat haul, nisab, milik sempurna dan lain-lain. Pun begitu, sekiranya seseorang itu mahu membayar zakat melebihi amaun yang diwajibkan maka perbuatan tersebut adalah diharuskan.

17 Disember 2012

Wujudkan adab lakonan menepati syariah


INDUSTRI filem Iran berkembang pesat sejak tercetusnya Revolusi Islam pada 1979 yang menumbangkan diktator pro Barat, Shah Iran. Jumlah filem bertambah dari tahun ke tahun walaupun Iran menguatkuasakan kod etika menepati syariah yang sangat tegas dalam penerbitan filem.

Tidak ada dalam dunia ini negara yang paling tegas dan mengenakan syarat menepati syariah yang ketat kecuali Iran. Di peringkat skrip lagi pihak berkuasa akan menapis untuk memastikan filem yang diterbitkan tidak melanggar syariah.

Salah satu sebab Iran adalah kuasa politik penting di Asia Barat yang menentang Barat. Iran memastikan filem yang diterbitkan tidak menjadi pemangkin sosiobudaya dan pemikiran sekular Barat. Kerana itu filem-filem Iran tidak berupa filem Hollywood dan mendekati gaya Italian neo-realisme yang berkembang di Itali pada tahun 1930-an.

Bagi Iran, filem yang membawa pemikiran sekular Barat adalah filem anti Islam. Kerana itu diwujudkan kod etika menepati syariah dalam adab-adab lakonan terutama melibatkan lelaki dan wanita. Pelakon wanita dilarang sama sekali mendedahkan aurat dan tidak boleh berpegangan tangan dengan lelaki. Iran juga melarang adegan lelaki dan wanita dalam sebuah bilik waima watak sepasang suami isteri.

Pihak berkuasa agama di negara ini, misalnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu merangka adab-adab lakonan menepati syariah. Adab lakonan ini perlu diwujudkan untuk memberi pemahaman kepada penggiat dalam industri filem mengenai perlakuan yang boleh dan tidak dibolehkan dalam lakonan.

Dalam filem tempatan adegan bergomol lelaki dan perempuan adalah satu kebiasaan. Paparan begini perkara biasa pada sudut pemikiran sekular Barat. Kita pula mengambil ini sebagai acuan semasa membangunkan industri filem. Kerana itu tidak hairanlah apabila segelintir pengarah filem mempertahankan adegan keterlaluan lelaki dan wanita sebagai "keperluan". Golongan ini akan menjadi penentang di barisan depan apabila adab-adab lakonan ini dilaksanakan. Malah ada pengarah yang dilabelkan sebagai "Islamik" tanpa rasa segan silu membuat adegan wanita berenang dengan baju mandi. Baginya paparan itu satu "keperluan" walaupun melanggar adab.

Alasan

Ada filem tempatan mewajarkan aksi watak bohsia dipeluk dan dibelai lelaki kononnya untuk menunjukkan keadaan sebenar seolah-olah masyarakat tidak pernah melihat bohsia. Baru-baru ini sebuah stesen televisyen menyiarkan adegan lelaki dan wanita Islam bercium dan wanita itu tidur atas dada lelaki. Alasannya untuk menunjukkan kemesraan sepasang suami isteri. Ini antara perkara yang mendesak adab-adab lakonan menepati syariah diwujudkan dengan segera. Tujuannya untuk memberi pemahaman mengenai salah laku yang dianggap satu kebiasaan. Adab-adab lakonan ini boleh meningkatkan kesedaran pelakon khususnya wanita supaya tidak terjebak dengan frasa, "Ala, itu cuma lakonan."

Cerita boleh disampaikan dengan pelbagai cara dan tidak ada alasan untuk memaparkan perlakuan yang bertentangan dengan adab agama dan budaya. Misalnya untuk menunjukkan lelaki dan wanita melakukan perkara sumbang dalam bilik, cukuplah menunjukkan keadaan mereka sebelum masuk dan selepas keluar dari bilik.

Dalam seni memang ada lesen kreatif. Tetapi lesen ini tidak boleh menafikan adab-adab yang ditetapkan oleh agama dan budaya. Iran telah membuktikan lakonan boleh disesuaikan dengan tuntutan syariah dengan syarat tidak mengambil bulat-bulat dari sudut pengertian Barat. Malah industri filem Iran jauh lebih maju berbanding filem tempatan yang bebas memaparkan perlakuan lelaki dan wanita yang mengaibkan.

Tetapi dalam usaha menzahirkan adab-adab lakonan ini, Jakim pasti berdepan dengan golongan yang defensif. Mereka akan menyerang dengan hujah dangkal sama seperti menyanggah teguran mufti terhadap pemesongan akidah dalam filem seram. Tetapi mereka lupa mufti bukan bercakap mengenai cara membuat filem tetapi perlakuan dalam filem.

Stesen TV AlHijrah boleh dijadikan model kerana telah berjaya memperlihatkan keyakinan menguatkuasakan adab-adab lakonan menepati syariah di stesen itu. Filem Tasbih Cinta dari Indonesia juga boleh dijadikan sebagai model di mana tidak ada bersentuhan antara lelaki dan perempuan.  Jakim atau Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Agama Islam negeri lain boleh menggunakan model yang dimulakan oleh TV AlHijrah. Walaupun peraturan agak ketat, TV AlHijrah menerima banyak drama daripada penerbit. Ini membuktikan penerbit dan pengarah akur dengan peraturan tersebut. Kewujudan adab lakonan ini perlu dipromosi dengan hebat supaya timbul kesedaran kalangan penerbit, pengarah dan pelakon. Adab lakonan ini tidak akan menjejaskan mutu filem atau lakonan malah boleh mengubah persepsi buruk terhadap mereka yang berkecimpung dalam industri filem.

14 Disember 2012

nasihat saya dalam perisitiwa AFF Suzuki yang dilalui

Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia. 

Marilah kita imbas kembali peristiwa AFF Suzuki 2012 yang lalu. Artikel saya kali ini mungkin menyinggung perasaan dan sebagainya. Oleh itu, bacalah jika sudah bersedia.

1.Kita telah kalah di tangan Singapura 3-0 akibat pertahanan Harimau Malaya dan kesalahan penjaga gol, Khairul 
Fahmi juga walhal penyerang negara sudah menjalankan tanggungjawab dengan baik sekali terutama Wan Zack 
Haikal, Mahali Jasuli dan juga Shakir. Walau apapun, bukanlah salah 100% Khairul Fahmi itu. Akibat itu, Rajagopal
(jurulatih negara) tidak membenarkan Fahmi bermain lagi dalam AFF tahun ini. 

2. Farizal Marlias telah mengambil alih peranan Fahmi dan berjaya melakukannya dengan cukup cemerlang. Saya 
lihat juga yang pertahanan dan keseluruhan padang kita banyak monopoli oleh kita sendiri dan kebanyakkan pemain 
prestasi meningkat terutamanya wan zack, safee, shakir, kunalan dan beberapa orang lagi. Aidil waktu itu belum 
menjadi defence yang terbaik tetapi telah melakukannya dengan bagus terutama lawan dengan Thailand. Hasil 
kebangkitan dan peningkatan kemahiran terbaik Harimau Malaya, akhirnya kita berjaya membenam Laos 4-1.

3. Semasa lawan dengan Indonesia pula, semua pemain waktu itu bermain dengan bertambah cemerlang terutama 
Farizal. Asakan Indonesia mampu kita tangkis dan akhirnya membelasah garuda itu 2-0.

4. Apabila lawan dengan Thailand, nampak semakin lama semakin turun prestasi termasuk Rajagopal melainkan 
Farizal sahaja. Semasa perlawanan kumpulan dengan Indonesia, kita berjaya menduduki tempat teratas kumpulan
tetapi sayangnya Singapura lawan dengan Laos waktu itu menang 4-3 ke atas Laos. Jadi, akibat perbezaan 1 mata
itu, Singapura menduduki teratas sedangkan kita no 2. Kalau boleh kita nak lawan dengan Filipina tetapi sebab
gol yang banyak, kita terpaksa lawan dengan Thailand yang penuh kontroversi dan menyakitkan mata pada 
separuh akhir.

5. Kita lihat semasa lawan dengan Thailand dalam separuh akhir di Bukit Jalil, Mat Yo (Shahrul) berjaya golkan
pada minit ke 46. Secara keseluruhannya, formasi 4-5-1 berjaya membentuk gol untuk kita tetapi sayangnya
akibat kekekalan Rajagopal tidak tukar formasi, pertahanan agak goyah, tengok kita berjaya memberikan gol untuk
Thailand, Teresa Dangda pada minit ke 79. Jadilah seri 1-1.

6. Semasa lawan dengan Thailand pada separuh akhir kedua di Bangkok, inilah menyedihkan hati kerana pasukan 
kita mendapat padang awam yang tidak selesa untuk menjalani latihan. Nasib baik kita dapat berlatih di stadium kecil pada
ambang perlawanan. Ini ke layanan yang diberikan kepada kita sedangkan kita telah memberi kepada mana-mana pasukan
lawan 4 bintang termasuk boleh mencuba stadium bukit jalil?? Jika sebegitu lebih baik kita buat perkara sama sahaja kepada
mereka. Memang sebelum lawan, Thailand provokasi pemain kita dan berjaya akhirnya melalui tekanan psikologi. Lagipun
mereka tahu pemain kita mudah terganggu emosinya dengan pula pengadil dari Korea itu POYO!!!!

7. Semasa perlawanan, saya melihat ramai pemain terutama Amar dan Gary tidak sesuai dimasukkan dalam skuad melawan 
gajah tersebut. Lain kali, sesiapa jurulatih selepas ini tolong pilih pemain bergantung kepada kelebihannya dan juga
negara mana kita berlawan. Kalau saya melihat line-up semalam, memang kalahlah. Kalau semasa lawan dengan Laos, tidak
mengapalah juga. Kita tahu ramai tunggak kemenangan kita tercedera dan tidak dapat bertanding semasa menentang gajah
itu. Mengapakah Datuk Rajagopal tidak mengambil pemain lain lebih menyerlah dan belum bermain di peringkat antarabangsa untuk menutup kelemahan kita dan mengapa beliau tidak mengubah taktikal dan formasi?? 

8. Akibatnya, Thailand mengetahui kelebihan setiap pemain dengan mengawal bola. Saya berasa sangat terkilan kerana
Thailand control 100% bola sepanjang 90 minit itu. Sudahlah Mat Yo terpaksa berseorangan membuat serangan. Mahali
pun tidak dapat membantu kerana wan zack cedera, dengan shakir lagi jadi Mahali lebih banyak bertahan. Akibat pemilihan
pemain yang tidak sesuai untuk membelasah gajah, kita banyak bertahan dan kalaulah pemain kita banyak bertahan, tidak dapatlah kita buat gol tetapi kalau banyak buat serangan, pertahanan pula kosong. Ditambah lagi dengan pengadil suka 
hati melayangkan kad kuning kedua dan merah kepada Fadhli (pemain pertahanan) yang bagus akibat provokasi dengan
seorang pemain Thailand no 7 itu. Sepatutnya pemain Thailand itu yang mulakan jika melihat rakaman video penuh tetapi
Fadhli pula yang terkena. Akibat provokasi yang dicetuskan oleh pihak lawan, Fadhli terkeluar. Inikah pengadil yang kita
inginkan?? AFF tolong siasat, jangan diam sahaja. Memang POYO pengadil itu.

9. Akibatnya, Amar berada di pertahanan tengah semasa separuh masa kedua dan terpaksa main 10 orang sebelum Safee Sali dan Khyril dimasukkan tetapi kurang berfungsi kerana sudah terlambat. Sepatutnya jurulatih itu masukkan mereka lebih
awal. Akibat kesilapan pertahanan yang semakin goyah dan longlai terutama Amar, kita terus memberi kepada mereka 2 gol 
dalam 6 minit sahaja. Lama-kelamaan saya meilhat pemain kita semakin longlai sehingga berakhir perlawanan.

10. Apa yang saya lihat, formasi 4-5-1 boleh dibuat setelah kita berjaya jaringkan gol dan lain kali kita semua yang bermain
bola sepak termasuk pemain kebangsaan perlu passing bola secara dekat, bukan jauh atau tendangan tinggi seperti 
sebelum ini. Satu lagi setiap kali perlawanan, jurulatih perlu menukar taktikal supaya pihak lawan terkejut nanti.

11. Walau apapun, saya mengucapkan SYABAS kepada FARIZAL kerana beliau bermain dengan paling CEMERLANG 
kerana berjaya selamatkan percubaan berbahaya oleh Teresar daripada kita dibelasah 6-0. Apa yang paling buat saya bangga ialah semasa Thailand hampir berada di gol untuk dijaringkan, Farizal menangkap dengan kemas walaupun
terpaksa menjatuhkan badan di tiang gol di hadapan pemain itu sendiri. Jika tidak, 3-0 lah jawabnya macam kita kalah
dengan Singa semasa perlawanan pertama kumpulan.  Saya rasa kasihan kepada Farizal kerana terpaksa berseorangan
menangkis jaringan berterusan akibat pengadil, pemilihan pemain dan posisi tidak sesuai, tidak ubah cara permainan,
termasuk serangan provokasi daripada gajah, harimau akhirnya terluka berdarah mengerang kesakitan.

12. Akhir kata, marilah kita menonton siapa yang menjulang piala AFF 2012 sama ada Singa atau Gajah dalam final minggu
depan? Saya berharap semoga jurulatih ditukarkan atau pengurusan FAM letak jawatan atau sebagainya tidak kisah asalkan saya ingin melihat bola sepak kita setaraf dengan pasukan liga Inggeris seperti negara Eropah. Biarlah pemain baru yang lebih menyerlah atau standard dengan wan zack atau Safee dan jurulatih baru yang lebih kreatif. Bukanlah saya katakan kalian termasuk Datuk Rajagopal tidak boleh atau tidak menyerlah tetapi muka baru lazimnya lebih cergas. Ingatlah
corak permainan perlu diubah kepada taktikal tiki-taka atau seperti Liverpool dan sebagainya. Satu lagi kita yang pandai
bermain bola sepak dan tangkas tolong tukar kepada cara permainan lebih kreatif seperti passing dekat dan agresif termasuk diri saya juga. Wahai FAM, Kementerian Belia dan Sukan daripada NGO, tolong berbuat sesuatu. 

14. Saya berharap semoga kita dapat mengulangi dan sekali lagi menjulang piala AFF Suzuki 2014 seperti kita kalahkan Indonesia dua tahun lepas dalam final dan perlawanan bola sepak selepas ini khususnya piala Asia 2013.

Saya katakan ini kerana saya berpengalaman bermain bola sepak dan rajin menonton atau membaca surat khabar walaupun saya berada di asrama tetapi saya rajin melihat perkembangan sukan meskipun saya kesibukan untuk memberi sumbangan kepada negara Malaysia. Syabas kepada Rajagopal, pemain kita dan Farizal kerana berjuang habis-habisan untuk peminat bola sepak terutamanya penyokong Harimau.........

Saya minta maaf kerana mungkin kritikan saya ini menyinggung sesiapa yang membacanya tetapi percayalah kata-kata saya ini adalah daripada peminatmu yang ingin melihat Malaysia hebat dalam bidang sukan setaraf negara Eropah. Ayuhlah!!!!!!! 

Saya meminta maaf kerana artikel saya menyimpang jauh daripada tema blog saya tetapi ingatlah blog ini bukan sekadar tema itu sahaja malahan dicampurkan dengan tema lain seperti cerita, komen, gambar dan sebagainya. Walau bagaimanapun, saya tidak akan menyimpang jauh daripada tema blog ini. Insya-Allah. Berdoalah semoga negara kita di bawah naungan Allah swt dalam semua bidang terutama bidang sukan dan tidak lupa menegakkan hukum-Mu di Malaysia.
Saya berharap semoga jangan ada kritik saya yang saya ini menulis artikel yang jauh tema sepatutnya sehingga pengunjung blog pelbagai negara dan kaum seluruh dunia malas membaca artikel-artikel blog saya tetapi ingatlah yang blog ini bukan sahaja padat dengan informasi bahkan juga cerita dan komen saya termasuk berita sekali. Janganlah berkata kepada saya yang "Cubalah jadi jurulatih atau pemain, pasti tak boleh". Pada saya, saya menerima kritikan dengan hati terbuka tetapi jangan sampai hati saya terguris pula. Sebenarnya pemain kita sudah bagus tetapi tingkatkan lagi dan asah taring harimau kita, INSYA-ALLAH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nama Asmaul-Husna Allah